Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, penuntut berusia 22 tahun itu yang menaiki kenderaan jenis BMW bertindak memandu melawan arus.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah, berkata ia berlaku apabila mangsa baru keluar dari berhibur di sebuah kelab malam.
“Lelaki berkenaan memandu kenderaan melawan arus sebelum merempuh kenderaan lain dan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.
“Ketika kejadian berlaku pergaduhan antara mangsa dan dua lelaki menyebabkan mangsa ditumbuk,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Shaharuddin berkata, kereta mangsa turut dirosakkan oleh beberapa lagi orang awam yang lain.
“Hasil siasatan mendapati mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya - Berita Harian