Mercedes-AMG C-Class dan E-Class bakal kembali menggunakan nadi V8 - laporan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi kebanyakan petrolhead, salah satu penanda aras yang membezakan model Mercedes-AMG C63 generasi W205 ialah nadi V8 turbo berkembarnya.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Jadi apabila penyampung legasinya, W206 muncul pada tahun 2022 dengan nadi 2.0 liter 4 silinder PHEV, ia mengecewakan kebanyakan peminat tegar model tersebut.

Walaupun tidak megah seperti nadi V8, namun nadi 2.0 liter itu tetap menghasilkan angka yang mengagumkan, di mana ia mengeluarkan sehingga 469 HP dan 545 Nm bersama bantuan dari teknologi elektrifikasi pada enjin 4 silinder itu.

Walau bagaimanapun, laporan baharu mendakwa kilang di Affalterbach merancang untuk beralih semula kepada nadi V8 untuk model generasi baharu pada tahun 2026.

 

2
Nadi M177 V8 4.0 liter turbo berkembar PHEV

 

Menurut laporan dari Car and Driver, Mercedes-AMG kini sedang membangunkan enjin petrol V8 4.0 liter turbo berkembar untuk memenuhi peraturan pelepasan terkini Eropah.

Pastinya, ia akan diasaskan dari enjin M177 yang masih digunakan oleh model seperti GT63 SE Performance dan S63 SE Performance, yang juga menerima trenkuasa plug-in hibrid.

Menurut jurutera kanan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan itu, kedua-dua C-Class dan E-Class hanya memerlukan perubahan kecil pada kerja badan untuk menampung nadi baharu itu, bersama bateri PHEV serta motor elektrik dan peralatan tambahan.

Pastinya satu berita gembira buat petrolhead seluruh dunia yang kini sedang dihantui oleh kehadiran pelbagai model EV dari pelbagai jenama.

 

Sumber: Car and Driver

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pelancaran model SUV coupe GLC 300 4MATIC Coupe ini merupakan pelengkap kepada penawaran SUV GLC…
Berita Global
Pembelian saham bernilai 600 juta Euro akan selesai tahun hadapan, dan menurut Pengerusi AUO, Paul…
Pelancaran
Tersedia dalam satu varian tunggal, EQS 580 4MATIC SUV ini dibekalkan dengan dua motor elektrik…