Disebabkan itu, terdapat beberapa pengeluar yang masih lagi sudi menawarkan model berbumbung panjang kepada golongan yang tidak menggemari SUV sejak azali.
Salah satu daripada model wagon yang mampu menarik perhatian adalah Mercedes-AMG CLS 63 S Shooting Brake seperti yang dipaparkan dalam artikel kali ini.

Wagon yang nampak pantas (dan rare!) ini mendapat sentuhan magis daripada Pogea Racing yang berasal dari Jerman, dan nampaknya enjin asal V8 5.5 liter turbo berkembar dengan kuasa 577 hp/800 Nm itu masih belum mencukupi untuk menakutkan supercar jalanan.
Talaan telah dibuat semula ke atas enjin tersebut dan hasilnya ia berupaya mengekstrak sehingga 732 kuasa kuda dan daya kilas sehingga 1,114 Nm!

Pogea Racing tidak mendedahkan secara spesifik prestasi seperti pecutan 0-100 km/j, namun mereka mendakwa berjaya mencapai kelajuan tertinggi 329 km/j (ikut GPS).
Malah, dengan sistem suspensi KW yang dipasang, mereka mendakwa wagon ini masih kekal stabil dan selesa untuk dipandu pada kelajuan 300 km/j!
Sumber: Pogea Racing