Mercedes-AMG E 63 S 2021 - jentera E-Class yang terjahat!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, Mercedes-Benz telah pun melancarkan secara rasmi model facelift E-Class yang terdiri daripada model sedan, coupe, cabriolet dan juga wagon, crossover wagon E-Class All-Terrain serta model-model AMG E 53.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Mercedes-AMG melancarkan versi terulung kepada model E-Class, iaitu E 63 S dan hadir dalam dua bentuk iaitu sedan dan juga wagon.

 


Seperti model E-Class yang diperlihatkan sebelum ini, penampilan luaran E 63 S tidak banyak membawakan perbezaan kecuali kehadiran lampu utama jenis LED serba baharu, bampar hadapan baharu, serta gril hadapan Panamericana yang telah dikemaskan.

Perubahan tersebut diteruskan dengan kehadiran lampu belakang yang lebih tipis, manakala pada model wagon E 63 S pula, rekaan lampu tersebut didatangkan dengan kemasan yang sedikit berbeza.

Mengakhiri kemasan di bahagian luaran adalah kehadiran lip spoiler sebagai ciri standard dengan layangan warna badan atau kemasan gentian karbon.

 


Sementara ruang kabin pula tidak dapat lari daripada rekaan tipikal Mercedes-Benz yang merangkumi sistem infotainmen MBUX dengan kehadiran skrin sentuh yang besar dan pad sentuh yang memberikan kawalan kepada sistem infotainmen itu tadi.

Roda stereng juga turut direka semula dengan menampilkan butang sentuh dengan maklum balas haptik.

 


Sebagai model tertinggi di dalam keluarga E-Class, E 63 S sedan dan wagon masing-masing dilengkapi dengan nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan output sehingga 603 kuasa kuda dan daya kilas 850 Nm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift klac berkembar dengan sembilan nisbah kelajuan serta pacuan semua roda 4MATIC+.

Dari segi pecutan 0-100 km/j, sedan E 63 S mampu memecut sepantas 3.3 saat manakala wagon E 63 S pula lewat 0.1 saat di dalam pecutan yang serupa.

 


Sistem pengendalian pula terdiri daripada suspensi udara yang dikawal oleh AMG Ride Control+ dengan tiga tetapan berbeza iaitu Comfort, Sport dan Sport+, manakala mod pemanduan senget Drift Mode juga turut didatangkan sebagai standard yang membolehkan kuasa disalurkan secara terus kepada roda belakang.

Akhir sekali, sistem pemberhentian jentera diserahkan kepada penggunaan angkup brek enam omboh dengan cakera 391 mm dan angkup brek terapung omboh tunggal dengan rotor 360 mm.

 


Bagi mereka yang berduit, boleh mendapatkan pakej opsyen AMG Carbon Ceramic dengan saiz rotor yang lebih besar dan kuasa pemberhentian yang lebih baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model edisi terhad ini hanya akan dihasilkan sebanyak 999 unit sahaja di mana ia juga berperanan…
Berita Global
Dinamakan sebagai Manhart ER 800, E 63 S AMG ini telah diberikan suntikan kuasa yang kini menyamai…
Pelancaran
Sedan eksekutif pantas ini datang dengan enjin 4.0 liter bentangan V8 dibantu turbo berkembar yang…