Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+ 2021 - 612 hp, 850 Nm, harga bermula RM1.12 juta

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua bulan selepas pelancaran rasmi sedan E-Class (E 200 Avantgarde dan E 300 AMG Line), Mercedes-Benz Malaysia membawakan varian berprestasi tinggi AMG E 63 S 4MATIC+ untuk pasaran tempatan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sedan eksekutif pantas ini datang dengan enjin 4.0 liter bentangan V8 dibantu turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 612 hp dan 850 Nm yang masuk penuh antara julat putaran enjin 2,500 - 4,500 rpm, dan pecutan 0-100 km/j sepantas 3.4 saat.

Enjin berkuasa ini menampilkan teknologi twin-scroll yang mampu mengoptimasikan kitaran gas, serta mengurangkan tekanan berbalik gas ekzos.
 

E63S


Terdapat juga teknologi penyahaktifan silinder yang akan diaktifkan apabila mod pemanduan Comfort dipilih untuk mengutamakan kadar kecekapan enjin di mana penukaran antara operasi empat atau lapan silinder ini akan dipaparkan menerusi kluster instrumen, dan berlaku secara pantas tanpa menyebabkan ketidakselesaan.

Kuasa disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi AMG Speedshift MCT sembilan nisbah kelajuan yang telah ditala untuk model berprestasi tinggi, serta kemaskini perisian yang mampu membenarkan penukaran gear yang lebih pantas, serta fungsi double-clutching yang menawarkan penukaran gear yang lebih beremosi.
 

E63S


Selain daripada mod pemanduan seperti Comfort, Slippery, Sport, Sport+, RACE dan Individual, AMG E 63 S 4MATIC+ ini turut dilengkapi dengan Drift Mode.

Mod DRIFT ini boleh diaktifkan dalam program pemanduan RACE dengan menyahaktif kawalan ESP dan transmisi berada dalam mod manual, di mana ia akan membenarkan pemanduan seperti kereta pacuan roda belakang yang tulen.

Dinamik pemanduan dibantu dengan locking differential gandar belakang yang dikawal secara elektronik yang mampu mengurangkan gelinciran ketika mengambil selekoh tanpa bantuan intervensi daripada sistem brek, meningkatkan kadar cengkaman dan menjadikan pemanduan lebih stabil.
 

E63S


Rupa paras E-Class yang asal telah hilang, dan digantikan dengan penampilan yang lebih agresif seperti gril bar melintang AMG, lampu LED baharu, lampu belakang yang lebih sporti, rim aloi bersaiz 20 inci, dan diakhiri dengan diffuser dan empat tip ekzos.

Pembeli kereta pantas ini juga boleh mendapatkan AMG Night Package yang merangkumi kemasan hitam berkilat pada perumah cermin sisi, rangka tingkap, elemen trim pada apron depan dan belakang, serta tip ekzos didatangkan dalam warna krom hitam.

Khusus untuk model AMG E 63 S ini adalah AMG Exterior Carbon-Fibre Package I yang menampilkan splitter hadapan, serta kemasan trim apron belakang daripada bahan gentian karbon.
 

E63S


Kemasan ruang kabin menampilkan karakteristik AMG seperti kulit nappa pada tempat duduk AMG, jahitan kontras kuning, trim papan pemuka dan tali pinggang keledar crystal grey, serta roda stereng AMG Performance balutan kulit dan mikrofiber DINAMICA.

Roda stereng sporti elektromekanikal ini turut tampil dengan ciri sensitif kelajuan, serta ciri penderia untuk mengesan kehadiran tangan pemandu, di mana sistem akan mengaktifkan amaran berbentuk bunyi diikuti Emergency Brake Assist sekiranya ia mengesan pemandu yang 'tidak aktif'.

Sama seperti model Mercedes standard, E 63 S AMG ini turut hadir dengan sistem infotainmen MBUX dengan sokongan kata sapaan 'Hey Mercedes', serta paparan spesifik AMG yang menawarkan fungsi seperti indikasi kelajuan, Warm-Up, Set-Up, G-Meter dan RACETIMER.
 

E63S


Harga jualan Mercedes-AMG E 63 S 4MATIC+ bermula dari RM1,118,888.00 atas jalan tanpa insurans dan termasuk pengecualian cukai SST.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model edisi terhad ini hanya akan dihasilkan sebanyak 999 unit sahaja di mana ia juga berperanan…
Berita Global
Dinamakan sebagai Manhart ER 800, E 63 S AMG ini telah diberikan suntikan kuasa yang kini menyamai…
Berita Global
Brabus 800 yang dipaparkan kali ini sebenarnya merupakan sebuah Mercedes-AMG E 63 S yang telah…