Mercedes-AMG G 63 kini mild hybrid, lonjakan kuasa 20 hp, 200Nm seketika

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz Mercedes-AMG G 63
Mercedes-Benz Mercedes-AMG G 63
Dikeluarkan pada 1979 dan bentuk asas Mercedes-Benz G-Class masih kekal sama sehingga kini.

Bukan sekadar 4x4 berkotak yang mewah, si Geländewagen mempunyai varian berprestasi iaitu Mercedes-AMG G 63 dengan enjin V8.

Terbaru Mercedes-Benz memperkenal G-Class baharu dengan kesemua varian menggunakan teknologi mild hybrid.

Mercedes-Benz turut merekabentuk semula unit kawalan off road dan dilengkapi OFFROAD COCKPIT yang menyediakan pelbagai data untuk pemanduan off road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-AMG G 63 2024

  

Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan kereta.

Sistem maklumat hibur MBUX dengan skrin 12.3 inci dan kawalan sentuh dilengkapi pada semua varian buat kali pertama.

Berbalik kepada si watak utama, Mercedes-AMG G 63 digerakkan enjin AMG 4.0 liter V8 biturbo yang menghasilkan 585 kuasa kuda (hp) dan tork 850Nm.

Perbezaan kali ini ialah penggunaan teknologi 48 volt dan penjana-penghidup bersepadu atau ISG.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Penggunaan perkakasan tersebut membolehkan pemandu menikmati tambahan 20 hp dan 200Nm dalam tempoh seketika.

Pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 4.4 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 220 km/j.

Enjin V8 dipadan bersama kotak gear AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dan pacuan semua roda tetap AMG Performance 4MATIC.

Sembilan gear membolehkan enjin berada pada kelajuan optimum dengan kerap.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Jika perlu, kotak gear dengan penukar kilas menurunkan gear ke bawah dalam masa singkat melalui berbilang penurunan gear untuk memanfaatkan kuasa penuh enjin.

Tingkah laku kotak gear juga boleh dipengaruhi atau diatur melalui AMG DYNAMIC SELECT yang mempunyai lima mod berbeza.

Pemandu boleh memilih Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual dengan tindak balas enjin, kotak gear, ampaian dan stereng yang berbeza.

Pemandu juga boleh memilih mod ampaian suai (adaptive) seperti Comfort, Sport dan Sport+ secara berasingan. 

 

 Mercedes-AMG G 63

 

Sebagai 4x4, mod Sand, Trail dan Rock disediakan untuk pemanduan off road.

Dari segi pengendalian, walaupun tinggi di atas permukaan jalan G 63 menawarkan rasa pemanduan lincah dengan keselesaan yang dipertingkatkan.

Ciri tersebut disumbang ampaian AMG ACTIVE RIDE CONTROL dengan penstabil olengan hidraulik jenis aktif dan larasan redaman adaptif.

Sistem ampaian AMG ACTIVE RIDE CONTROL yang bersambung dengan mod dan status pemanduan turut memperbaiki artikulasi (naik turun) gandar.

 

 Mercedes-AMG G 63

 

Roda kekal di atas permukaan jalan walaupun badan G 63 tinggi di atas atau di bawah.

Pelanggan yang mengambil AMG Offroad Package PRO mempunyai dua mod tambahan iaitu AMG Traction PRO yang menjana cengkaman maksimum dalam mod Rock dan Sand.

Satu lagi sistem tambahan ialah AMG Active Balance Control yang melengkapi sistem ampaian AMG ACTIVE RIDE CONTROL di dalam ketiga-tiga mod pemanduan off road. 

Sistem ini membolehkan olengan dilaras bergantung kepada permukaan jalan dan keadaan pemanduan.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Terdapat tiga tetapan yang boleh dipilih iaitu LOW untuk selesa, MID sedikit tegar dan HIGH pada tahap ketegaran tinggi.

Sistem ampaian AMG RIDE CONTROL dengan larasan redaman suai merupakan ciri asas pada G 63. 

Sistem beroperasi secara automatik dengan melaras redaman pada setiap roda secara berterusan mengikut keadaan semasa dan meningkatkan keselamatan serta keselesaan.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Dari segi penampilan, warna MANUFAKTUR hyper blue magno dikhususkan untuk varian teratas G-Class. 

Bahagian depan G 63 menggunakan bampar khas AMG dengan tiga liang dan riasan besi tahan karat. Lampu besar suai MULTIBEAM LED dijadikan ciri asas.

Lagi kelengkapan seperti logo AMG pada tukup dan penutup tangki AMG dalam warna krom perak dan hitam.

Angkup brek memaparkan logo AMG dengan cakera berongga dan rim aloi AMG 22 inci melengkapi sisi G 63.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Bahagian dalam seperti biasa menggunakan stereng AMG Performance dan dibalut kulit Nappa.

Logo AMG berada di merata tempat seperti paparan tengah, kerusi depan, panel ambang pintu dan alas kaki.

Sebagai pilihan, pelanggan boleh memesan MANUFAKTUR Package dengan dalaman SUPERIOR Line Interior.

Di antara perkakasan khas seperti kemasan kulit Nappa, kerusi pelbagai kontur aktif dan ENERGIZING Package Plus dengan fungsi urutan dan kawalan suhu kerusi.

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Satu lagi pilihan ialah G 63 Carbon Edition dengan AMG Exterior Carbon Fibre Package yang menyerlahkan gaya berprestasi G 63.

Perkakasan seperti penutup tayar ganti, riasan bampar dan pelindung bawah depan dan belakang tampil dengan ira gentian karbon.

Jeriji radiator menggunakan kemasan krom gelap manakala perumah cermin sisi dan garisan dalam pendakap sisi badan menampilkan gaya karbon.

Bahagian dalam lampu isyarat, lampu besar depan dan belakang digelapkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-AMG G 63 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…