Mercedes-AMG SL 63 S E Performance, nadi V8 PHEV, 805 hp, 1,420 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas generasi ketujuh SL-Class dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2021, Mercedes-Benz kini melancarkan varian yang paling berkuasa pernah dihasilkan, iaitu Mercedes-AMG SL 63 S E Performance.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Grand tourer (GT) terbaharu ini menggandingkan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar berkuasa 612 hp bersama-sama dengan sistem plug-in hybrid AMG yang terdiri daripada motor elektrik 204 hp, dan pek bateri 400 voltan berkapasiti 6.1 kWh.

Secara keseluruhan, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance ini mampu menghamburkan output setinggi 805 hp dan daya kilas 1,420 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 2.9 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 317 km/j.
 

AMG


Sistem PHEV pada SL 63 membolehkannya dipandu dalam mod elektrik sepenuh masa sejauh 13 km sahaja.

Aspek pemanduan dibantu dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC+, sistem stereng gandar belakang aktif, serta sistem gantungan AMG Active Ride Control dengan penstabilan olengan semi-aktif untuk mengurangkan pergerakan olengan badan.

Untuk varian tertinggi ini, Mercedes-AMG telah memadankan sistem aerodinamik aktif, terdiri daripada spoiler hadapan yang boleh diaktifkan ke bawah sebanyak 40 mm pada kelajuan melebihi 80 km/j bagi mengurangkan kesan angkat pada hidung jentera serta mencipta kesan Venturi.
 

AMG


Selain itu, SL 63 S E Performance juga didatangkan standard dengan spoiler belakang aktif yang telah wujud pada varian terdahulu.

Secara standard, casis roadster ini membawakan kelengkapan yang sama seperti model SL 63 terdahulu, sebelum ditambah dengan ciri eksklusif berupa sistem brek seramik karbon dengan rotor bersaiz 420 mm depan dan 380 mm belakang, dipadankan dengan angkup brek enam omboh berwarna gangsa dan angkup omboh tunggal pada gandar belakang.

Sistem brek itu juga mempunyai fungsi brek regeneratif dengan empat tahap disediakan dan tidak ketinggalan menyokong mod pemanduan pedal tunggal.
 

AMG


Keempat-empat sudut tayar dipasangkan rim aloi AMG bersaiz 20 inci.

Untuk ruang kabin, terdapat tempat duduk sports disediakan dengan opsyen naik taraf tempat duduk jenis bucket, diikuti balutan kulit Nappa tona tunggal atau dua tona, serta sistem MBUX dengan paparan spesifik untuk model AMG.

Menerusi program Manufaktur pula, pembeli boleh menetapkan penampilan ruang kabin dan luaran yang unik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Untuk makluman, jentera edisi terhad tersebut telah pun diumumkan kemunculannya pada bulan Januari…
Model Terbaharu
Sebaliknya, ia akan dijual secara eksklusif di bawah Mercedes-AMG, dan seperti yang anda lihat, ia…