Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line 2020 - 204 hp, 300 Nm, bermula dari RM336 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selepas giliran sedan C 200 yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu, tiba pula giliran model coupe C 200 AMG Line diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dengan trenkuasa yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model terdahulu, Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line kini hadir dengan nadi 2.0 liter turbo empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 204 kuasa kuda dan daya kilas 300 Nm.

Dengan padanan sistem transmisi 9G-Tronic automatik sembilan nisbah kelajuan, Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line mampu memecut sepantas 7.2 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum 245 km/j.

 


Dari segi luaran, C 200 Coupe ini membawakan pakej AMG Line yang sporti, diikuti dengan pemasangan rim AMG bersaiz 18 inci, serta trim hitam pada sesetengah tempat.

Sementara ruang dalaman juga turut membawakan ciri AMG Line seperti upholsteri kulit Artico, roda stereng balutan kulit Nappa, paddle shifter bergalvani, pedal sport AMG serta alas kaki AMG.

 


Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line kini membawakan ciri sambungan Mercedes me connect (MMC) yang membolehkan pemilik untuk memulakan operasi kenderaan, atau sekadar memeriksa status dengan hanya menggunakan peranti pintar sahaja.

Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz (E-Call), diagnosis kenderaan jarak jauh, sistem kawalan iklim pra-kemasukan, sisten navigasi prediktif dan penentu lokasi parkir.

 


Harga jualan untuk Mercedes-Benz C 200 Coupe AMG Line bermula dari RM336,129.38 atau bayaran bulanan serendah RM4,288 dengan skim pembiayaan Agility Financing.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…