Mercedes-Benz C 350 e 2024 rasmi di Malaysia, nadi 2.0L PHEV, jarak gerak elektrik 117 km, dari RM355k

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan varian baharu sedan C-Class untuk pasaran tempatan, iaitu Mercedes-Benz C 350 e 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan dengan trenkuasa plug-in hybrid (PHEV).
 

C 350 e


Ia menggandingkan enjin empat silinder sebaris 1,999 cc berkuasa 204 hp @ 6,100 rpm, dan daya kilas 320 Nm @ 2,000-4,000 rpm yang dipadankan dengan motor elektrik 129 hp/440 Nm.

Secara keseluruhan, C 350 e ini mampu menjana kuasa setinggi 313 hp dan 550 Nm yang memacu roda belakang menerusi transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.
 

C


Tipikal untuk sebuah PHEV, C 350 e ini turut dibekalkan dengan pek bateri berkapasiti 25.4 kWh yang menawarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 117 km.

Dalam mod elektrik, sedan ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 140 km/j, atau sehingga 245 km/j sekiranya kedua-dua sistem enjin dan motor bergandingan.

Pemilik boleh memanfaatkan pengecasan penuh selama dua jam dengan menggunakan pengecasan AC 11 kW, atau sepantas 30 minit dengan pengecasan DC 50 kW.

Secara standard, rekaan luaran C 350 e ini didatangkan dengan kemasan AMG Line dengan Night Package, rim AMG lima jejari bersaiz 18 inci, serta unit lampu DIGITAL LIGHT.
 

C


Untuk ruang kabin pula, C 350 e masih lagi mengekalkan susun atur papan pemuka yang standard seperti C-Class yang lain.

Selain daripada kemasan AMG Line, C 350 e turut mempunyai roda stereng sports balutan kulit Nappa, skrin kluster instrumen 12.3 inci, skrin infohibur 11.9 inci, tempat duduk balutan kulit, sistem bunyi keliling Burmester 3D, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Tidak ketinggalan sistem suspensi udara dengan ciri self-levelling khusus untuk gandar belakang bagi memastikan tahap keselesaan yang tersendiri.

 

C


Ciri keselamatan yang tersedia termasuklah pakej Lane Tracking, Active Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, kawalan jelajah, perlindungan pejalan kaki, sistem pemantauan tekanan tayar, kamera keliling 360 darjah, serta bantuan parkir aktif.

Harga jualan anggaran sedan Mercedes-Benz C 350 e 2024 ini bermula dari RM355,000.

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…
Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…