Mercedes-Benz Citan 2022 - kongsi platform Kangoo, versi Panel Van dan Tourer

oleh Mohamad Hanif|
Bagi melengkapi barisan model komersial Vito dan Sprinter, Mercedes-Benz secara rasmi melancarkan Citan serba baharu, iaitu van kompak yang boleh didapati dalam versi Panel Van dan Tourer.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Citan 2022 berkongsi platform yang sama dengan Renault Kangoo, namun dengan rekaan luaran yang diselarikan dengan penawaran semasa jenama itu.

Tidak ketinggalan, talaan khusus diberikan kepada gegelung spring, penyerap hentak, serta penstabil untuk memberikan Citan karakteristik pemanduan yang unik dan lebih selesa.
 

Citan


Namun begitu, varian Tourer dan Panel Van masing-masing mendapat tetapan suspensi yang berbeza, di mana versi Tourer lebih mementingkan tahap keselesaan penumpang.

Citan 2022 membawakan dimensi 4,498 mm panjang dengan jarak antara roda 2,716 mm, namun pada masa akan datang pembeli boleh mendapatkan versi jarak antara roda yang lebih panjang untuk ruang kabin yang lebih luas.

Rekaan Citan 2022 sememangnya dikhususkan berorientasikan praktikaliti, di mana ia didatangkan ciri satu atau dua pintu gelangsar dengan bukaan sebesar 615 mm.
 

Citan


Varian Panel Van didatangkan dengan 2 pintu belakang bukaan 180 darjah, manakala varian Citan Tourer pula boleh mendapatkan opsyen pintu tailgate tunggal.

Ruang kargo Citan Panel Van boleh memuatkan barangan berukuran sehingga 3.05 meter panjang atau dua palet euro, dengan kapasiti muatan sehingga 2,900 liter.
 

Citan


Meskipun menggunakan asas Kangoo, rekaan papan pemuka Citan menggunakan rekaan Mercedes yang tersendiri, dengan ciri seperti skrin tengah tujuh inci dengan sistem operasi MBUX, corong pendingin hawa berbentuk bulat, serta roda stereng tiga jejari.

Versi Citan Tourer pula didatangkan dengan konfigurasi lima tempat duduk, di mana kerusi baris kedua boleh dilipat serta menampilkan beberapa ruang storan di sekitar kabin.

Dari segi kuasa, Citan boleh didapati dalam versi enjin petrol 1.5 liter, enjin diesel 1.3 liter (piawaian Euro 6d), serta versi elektrik sepenuh masa eCitan yang bakal dilancarkan pada separuh kedua 2022.
 

eCitan


Varian elektrik itu dikatakan membawakan jarak operasi sejauh 285 km (data WLTP), serta keupayaan pengecasan pantas yang membolehkan bateri dicas 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 40 minit.

Versi petrol didatangkan dalam dua output yang berbeza iaitu:

  • Citan 110 - 110 hp/200 Nm
  • Citan 113 - 129 hp/240 Nm

Versi diesel pula hadir dalam tiga output iaitu:

  • Citan 108 CDI - 74 hp/230 Nm
  • Citan 110 CDI - 94 hp/260 Nm
  • Citan 112 CDI - 114 hp/270 Nm

Antara ciri keselamatan standard yang dimuatkan termasuklah enam beg udara (tujuh untuk Citan Tourer), bantuan mula mendaki, bantuan brek aktif, serta sistem ADAS yang lebih menyeluruh seperti bantuan titik buta, bantuan kekal laluan aktif dan Active Distance Assist DISTRONIC yang membenarkan pemanduan semi-autonomi pada keadaan tertentu.
 

Citan


Pesaing kepada VW Caddy, Renault Kangoo, Citroen Berlingo, Peugeot Parner, serta Toyota ProAce City ini bakal dijual pada harga bermula dari €23,800 (RM117,590) di Eropah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi acara Caravan Salon Düsseldorf, Mercedes-Benz memperlihatkan Citan yang telah diubah…