Mercedes-Benz CLS-Class sah tamat produksi Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz sedang dalam usaha untuk meringkaskan lagi penawaran mereka, dengan menghentikan produksi beberapa model volum rendah termasuklah SLC, S-Class Coupe & Cabriolet, E-Class Coupe, C-Class Coupe, serta tidak ketinggalan model wagon.

Terbaharu, jenama mewah Jerman itu mengumumkan penamatan produksi bagi model CLS-Class seperti yang dilaporkan oleh CarExpert.

Wakil jurucakap Mercedes-Benz Australia menjelaskan, tempahan bagi model CLS telah pun ditutup, dan produksi model tersebut akan berakhir pada akhir Ogos ini bagi memberikan laluan kepada E-Class serba baharu.
 

CLS


CLS-Class merupakan model sedan coupe empat pintu yang dibangun berdasarkan model E-Class, dan telah pun wujud sebanyak tiga generasi sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Diposisikan antara model E-Class dan S-Class, CLS-Class bersaing dengan model-model di dalam pasaran seperti Audi A7, BMW 8 Series Gran Coupe, dan Porsche Panamera.
 

cls


Berbalik semula kepada portfolio produk, Mercedes-Benz kini mengekalkan 14 buah bentuk badan daripada 33 bentuk badan sedia ada.

Namun dalam satu laporan terdahulu oleh Car and Driver, Mercedes-Benz akan turut menawarkan beberapa model baharu termasuklah menghidupkan semula model ikonik 300 SL Gullwing, trakpikap G-Class dan model speedster SL.
 

EQE


Masih lagi berharapkan pada CLS? Anda mungkin boleh pertimbangkan Mercedes-Benz EQE sebagai model pengganti tidak rasmi kepada CLS-Class, dengan bentuk badan sedan coupe empat pintu yang hampir serupa.

Sumber: CarExpert, Car and Driver

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tahukah anda Mercedes-Benz juga kini sedang membangunkan sebuah SUV rekaan berkotak, namun…
Berita Global
Model crossover wagon ini seperti biasa, disasarkan kepada golongan pelanggan yang 'benci SUV',…
Berita Global
Namun tidak seperti model-model EQ yang lebih moden (EQS, EQS SUV, EQE, EQE SUV) menggunakan…