Peningkatan ini menggariskan kejayaan syarikat ini ke arah peralihan masa depan yang dipacu elektrik dan perisian.
Mercedes Benz memulakan penjajaran semula jenama mereka pada tahun 2021 dengan mengasingkan jenama Daimler Truck serta mengemas kini strategi.
Mercedes Benz berhasrat untuk membina kereta yang paling diingini di dunia dan mengambil kedudukan utama dalam inovasi elektrik dan perisian kenderaan.

Naib Presiden Komunikasi dan Pemasaran di Mercedes Benz AG, Bettina Fetzer berkata, “Kedudukan berterusan Mercedes Benz di tempat kelapan serta peningkatan dua angka dalam nilai jenama kepada lebih 56 bilion dolar AS memberikan pengesahan mengenai pelan strategik kami.
"Ianya untuk menentukan kemewahan masa depan yang mampan, mengetengahkan semua pelanggan kami dan menjadikan setiap titik hubungan dengan jenama kami satu pengalaman yang unik. Pencapaian ini membanggakan saya kerana hasil kerja seluruh pasukan kami untuk jenama kami membuahkan hasil dan dicerminkan dalam hasil yang hebat ini”.

Syarikat dengan logo bintang ini menumpukan fokus kepada model perniagaan yang lebih konsisten ke arah kemewahan, hal ini untuk menumpukan kehendak dan keperluan pada kumpulan pelanggan tertentu.
Untuk tahun ketujuh berturut-turut, Mercedes Benz mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya jenama Eropah dan satu-satunya jenama mewah dalam sektor automotif dalam kedudukan 10 teratas daripada 100 "Best Global Brands".
Penulis: Ahmad Danial Yasin