Outlet terbaharu Minsoon Star Seremban Autohaus ini menampilkan konsep pengalaman runcit mewah terkini jenama itu, dan menggambarkan komitmen mereka dalam usaha untuk meluaskan lagi kehadiran jenama premium itu di seluruh negara.
Terletak di Seremban 2, lokasi unik Autohaus ini mampu menarik dan memudahkan kunjungan pemilik serta pelanggan berpotensi di sekitar Seremban memandangkan ia terletak berdekatan dengan susur keluar Lebuhraya PLUS.
Dibina atas tanah berkeluasan 136,070 kaki persegi, ia dikendalikan oleh pasukan yang terdiri daripada 50 orang kakitangan.
Ruang pameran berkeluasan lebih 13,149 kaki persegi itu mampu memuatkan sehingga 10 buah kereta pada satu-satu masa, selain menawarkan kemudahan mewah seperti Star Lounge dan butik koleksi aksesori Mercedes-Benz Luxury seperti pakaian, cermin mata, jam tangan dan banyak lagi.
Ia juga turut menawarkan ruang servis dengan kapasiti yang mampu mencecah 700 unit kenderaan sebulan, dan memiliki kelengkapan peralatan dan tenaga pakar yang diiktiraf sendiri oleh Mercedes-Benz.
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan seperti Express Service 2.0, perkhidmatan tempahan servis pintu-ke-pintu dan drop & go, bantuan tepi jalan 24 jam, penjajaran dan pengimbangan tayar, diagnosis dan pembaikan komponen elektrik, cat, tinta kaca tingkap, serta tidak ketinggalan tuntutan jaminan dan perlindungan insurans.
Minsoon Star telah mula beroperasi di lokasi baharu sejak Julai 2022 dengan jumlah pelaburan mencecah lebih RM20 juta untuk Autohaus baharu ini.
Selain daripada barisan kenderaan baharu, Minsoon Star juga turut mempunyai ruang khas yang menempatkan barisan kereta pra-milik Certified Pre-Owned Mercedes-Benz, serta ruang pengecasan untuk kenderaan elektrik EQ.
Minsoon Star Sdn Bhd terletak di No. 336, Jalan Haruan 2, Oakland Industrial Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 06-851 2882 atau emel kepada [email protected].