Peningkatan kuasa daripada enjin semasa empat silinder sebaris kepada nadi bentangan V8 bermakna Mercedes-Benz secara senyap-senyap telah melakukan kerja mereka menyediakan apa yang sewajarnya supaya casis trak pikap tersebut mampu menampung lebihan kuasa daripada casis sedia ada.
Menurut Frank Schumacher, ketua pasukan jurutera X-Class berkata "bukan sekadar enjin V8, malah kami juga mampu meletakkan nadi yang lebih berkuasa (6.0 liter V12), walaubagaimanapun ia masih tiada keperluan (meletakkan enjin yang lebih besar)."
Trak pikap X-Class versi prestasi tinggi itu walaubagaimanapun tidak akan menggunakan spesifikasi AMG sebagaimana tipikal model Mercedes-Benz yang lain.
Mercedes-Benz kini sedang merancang untuk menawarkan satu lagi pilihan enjin diesel V6 untuk X-Class ini bermula penghujung tahun ini.