MFORCE LANCARKAN SKUTER ADVENTURE SYM BAHARU - HUSKY 150, DARI RM9998

oleh Firdaus Razani|
MFORCE Holding baharu sahaja melancarkan sebuah skuter 150cc baharu yang ditunggu lama untuk dibawa ke pasaran Malaysia iaitu SYM Husky 150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi Special Edition.

Kedua-dua variasi secara asasnya adalah sama dari segi spesifikasi, perbezaannya adalah dari segi pilihan warna dan juga harga jualan.

 

sym

 

Bagi pilihan variasi Standard, ia terdapat dua pilihan iaitu Ebony Black dan Pure White yang dijual dengan harga bermula dari RM9,998.

sym
Pure White

 

Manakala untuk pilihan variasi Special Edition, ia tampil dengan warna Matte Green dan Wolf grey yang dijual dengan harga bermula dari RM10,298.

sym
Wolf Grey

 

Dari segi spesifikasi enjin, ia dinadikan dengan enjin 150cc, silinder tunggal, 4-lejang yang mampu mencapai kuasa sehingga 14.5hp pada 8,000rpm dan tork 14.5Nm pada 6,000rpm.

sym

Ia turut memiliki kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu sebesar 15 liter dan ia merupakan antara paling terbesar diantara pesaing yang lain dalam segmennya.

Tampil dengan reka bentuk crossover adventure, semestinya Husky 150 diberi sistem Traction Control (TCS) yang boleh mengelakkan kegelinciran.

Selain itu, ia lengkap dengan ciri keselamatan pada sistem brek iaitu sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran yang memberikan keyakinan kepada penunggang ketika melakukan brek kecemasan.

 

sym

 

Ia turut hadir dengan shock absorber tunggal pada bahagian suspensi belakang yang mempertingkatkan kestabilan yang lebih baik dan memberi pengalaman menunggang yang menarik.

 

sym

 

Ciri-ciri lainnya, SYM Husky 150 menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan lampu belakang serta instrumen TFT 5 inci serba baharu dengan pemalap automatik.

 

sym

 

Dengan setiap pembelian mana-mana model Husky 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu).

 

symsymsymsym

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…
Berita Domestik
Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang…