MFORCE LANCARKAN SKUTER MAXI BAHARU - SYM MAXSYM TL508, DARI RM46,888

oleh Firdaus Razani|
Seiring pelancaran SYM Husky 150, MFORCE Holding turut melancarkan sebuah skuter maxi terbaharu kepada pasaran Malaysia iaitu SYM Maxsym TL508.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti enjin 465cc ketika itu.

Namun kali ini, SYM telah mempertingkatkan kuasa enjin tersebut kepada 508cc dan diberi nama Maxym TL508.

sym

Untuk spesifikasi penuh enjin, ia dinadikan dengan enjin bersesaran 508cc, dua silinder selari, yang memberi kuasa output maksimum 45hp pada 6,750rpm dan tork 49.9Nm pada 5,250rpm.

Ia turut memiliki kapasiti tangki bahan api sebesar 12.5 liter yang memberikan kemudahan kepada penunggang untuk menunggang lebih jauh tanpa melakukan pengisian semula yang kerap.

sym

Ia turut menampilkan ciri-ciri seperti sistem Traction Control (TCS) yang boleh mengelakkan kegelinciran dan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran yang memberikan keyakinan kepada penunggang.

 

sym

 

Maxsym TL508 dilengkapi dengan empat lampu depan LED dengan prestasi pencahayaan yang lebih terang meningkatkan Kadar keterlihatan terutamanya menunggang dalam suasana gelap.

 

sym

 

Ia turut mempunyai reka bentuk tempat duduknya yang ergonomic dan anti-gelincir sekaligus memberi sokongan pada bahagian pinggang pada penunggang dan juga pembonceng.

 

sym

 

Selain itu, menggunakan panel paparan jenis TFT dengan kecerahan yang optimum dan memaparkan data-data penting yang diperlukan semasa menunggang.

 

sym

 

Dengan setiap pembelian mana-mana model Maxsym TL508, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun.

Maxsym TL508 hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black dan akan tersedia di pasaran bermula pada Mei 2024.

sym

Harga asas jualan bagi skuter terbaharu SYM ini adalah dari RM46,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

 

symsymsymsym

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Tuscany 150 tampil dengan reka bentuk gabungan antara klasik dan moden, yang pastinya sesuai dengan…
Berita Domestik
Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang…