MICHELIN MALAYSIA BAWAKAN TAYAR MOTOSIKAL BAHARU - POWER 6, POWER GP 2, ANAKEE ROAD

oleh Firdaus Razani|
Michelin Malaysia baharu sahaja memperkenalkan rangkaian tayar motosikal terbaharunya, iaitu Power 6, Power GP2 dan Anakee Road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertamanya, Michelin Power 6 merupakan tayar motosikal berprestasi yang direka untuk memberikan cengkaman optimum dalam keadaan basah dan kering, pengendalian sporty serta prestasi yang mantap.

 

michelin

 

Power 6 boleh didapati dalam pelbagai saiz dan boleh disuaikan dengan motosikal yang mempunyai sesaran enjin lebih daripada 300 cc.

 

michelin

 

Manakala, Michelin Power GP2 pula merupakan tayar litar lumba yang menggunakan kepakaran Michelin dalam MotoGP untuk menghasilkan tayar yang boleh digunakan untuk jalan raya.

 

michelin

 

Power GP2 dibangunkan sesuai untuk kegunaan motosikal kategori super sport yang menggunakan enjin lebih 600cc.

 

michelin

 

Tayar berteknologi MotoGP ini sesuai untuk digunakan pada kedua-dua permukaan basah dan kering, memberikan keyakinan kepada penunggang tidak kira apabila berada di jalan raya ataupun trek.

Seterusnya, Anakee Road merupakan gabungan rangkaian kategori tayar Anakee dan Road yang dibangunkan untuk penggunaan pada motosikal trail.

 

michelin

 

Ia dibangunkan untuk tahan lebih lama dan menawarkan untuk kegunaan di atas jalan biasa ataupun kegunaan off-road.

Berikut merupakan harga bagi tayar motosikal Power 6, Power GP2 dan Anakee Road ;

michelin

 

Selain dari pengenalan bagi rangkaian tayar motosikal, Michelin Malaysia memperkenalkan rangkaian tayar untuk basikal, termasuk Wild Enduro, Jet XC, Power Adventure dan Power Cup.

 

michelin

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak…
Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli dua tayar MICHELIN bersaiz 18 inci…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring…