MICHELIN MALAYSIA TAWAR HADIAH EKSKLUSIF SEMPENA TAHUN BARU CINA

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar tayar premium, Michelin Malaysia mempelawa para pelanggan untuk menikmati musim perayaan ini menerusi promosi Tahun Baharu Cina yang menarik dengan hadiah-hadiah eksklusif bagi menaik taraf pengalaman balik kampung masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mulai hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli dua tayar MICHELIN bersaiz 18 inci dan ke atas boleh membawa pulang Bantal MICHELIN serba eksklusif yang menjadikan perjalanan balik kampung lebih menyelesakan.

 

michelin

 

Selain itu, bagi pelanggan yang membeli empat tayar MICHELIN bersaiz antara 15 ke 17 inci boleh membawa pulang Kad Hadiah Petronas MICHELIN yang bernilai sehingga RM30 untuk menjimatkan pembelian minyak semasa perjalanan.

Hadiah-hadiah tersebut boleh ditebus di outlet-outlet TYREPLUS dan MICHELIN yang terlibat semasa pembelian dibuat, dan stok adalah terhad.

Para pemandu dan pelanggan MICHELIN juga boleh menikmati MICHELIN Road Hazard Warranty Program yang meliputi pembelian baharu tayar MICHELIN sehingga 6 bulan, terhadap kebocoran tayar yang tidak disengajakan berserta kerosakan tayar yang berlaku semasa memandu di atas jalan raya terselenggara.

Tayar yang dibeli pelanggan ini layak untuk dibaiki atau digantikan dengan tayar baharu yang percuma daripada mana-mana outlet TYREPLUS yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai promo Tahun Baharu Cina Michelin, sila layari laman sesawang rasmi Michelin: https://www.michelin.com.my/auto/promotions dan untuk maklumat lanjut mengenai MICHELIN Road Hazard Warranty Program, sila layari: https://tyreplus.com.my/roadhazardprogram.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Pertamanya, Michelin Power 6 merupakan tayar motosikal berprestasi yang direka untuk memberikan…
Berita Domestik
Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart berkata, "BFGoodrich Advantage Touring…