Mikrocip tiruan mula masuk rantaian bekalan

oleh HEZERI SAMSURI|
Masalah cip yang semakin meruncing nampaknya telah mula memancing pembuat barangan tiruan dan Jenesis, sebuah syarikat pembuat elektronik dari Jepun mengaku pernah menjadi mangsa.

Menurut Junichi Fujioka, CEO untuk syarikat itu, mereka mempunyai masalah belakan mikrokomputer untuk kilangnya di selatan China. Dalam usaha untuk mencari penyelesaian, mereka membuat tempahan komponen tersebut melalui platform e-dagang China, Alibaba.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Jenesis gagal untuk menghidupkan mikrokomputer itu dan setelah disiasat oleh pakar, spesifikasi komponen tersebut berbeza dari apa yang ditempah walaupun nama pengilang komponen itu tertulis di atas kotaknya.

Pembuat barangan elektronik diingatkan agar tidak membeli stok "chips in distribution" atau stok cip yang dijual oleh sumber selain dari pembuatnya atau wakil pengedar sah.

Ini ialah kerana kawalan untuk simpanan stok cip itu tidak diketahui dan kemungkinan ada pihak yang menukarnya dengan cip tiruan itu wujud.

Oki Engineeering dari Jepun turut menyokong fakta di atas dan dari siasatan mereka sendiri, 30 peratus dari 70 kes yang diperiksa mengandungi cip yang bermasalah.

Masaaki Hashimoto, presiden Oki Engineering berkata bila semikonduktor tiruan sudah terpasang di dalam sesuatu peranti, ia sudah terlambat untuk membuat apa-apa lagi.

Antara tanda-tanda cip tiruan yang dikongsi oleh Oki Engineering ialah tanda yang berada di lokasi yang salah, "lead frame" yang kelihatan berbeza serta nombor-nombor palsu yang dicetak di atas tarikh asal pembuatan komponen itu.

Oki Engineering menawarkan perkhidmatan untuk memeriksa stok bekalan cip yang dibeli dari sumber-sumber tidak sah.


* Laporan lengkap di Nikkei Asia

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun begitu, syarikat automotif nombor satu dunia itu masih mengekalkan sasaran tahun fiskal 2021…
Berita Global
Namun begitu, pandemik Covid-19 telah mengubah segalanya dan masalah bekalan cip menyebabkan proses…
Berita Global
Namun, ada di antara mereka yang masih lagi meneruskan produksi, namun terdapat sesetengah…