MINI Clubman Final Edition 2023 - 20 unit sahaja, 192 hp, 280 Nm, dari RM319k

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan model edisi terhad MINI Clubman Final Edition 2023 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, MINI Clubman Final Edition 2023 telah diperkenalkan di peringkat global pada Mac yang lalu sebagai model penamat kepada wagon yang dihasilkan oleh pengeluar tersebut, di mana hanya 1,969 unit sahaja dihasilkan.

Langkah tersebut diambil disebabkan oleh permintaan terhadap model wagon yang tidak memberangsangkan, dan tiada sebarang pengganti dirancang untuk MINI Clubman buat masa ini.
 

MINMI


Dari segi kuasa, MINI Clubman Final Edition ini dibekalkan dengan enjin 2.0 liter TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan 192 hp dan 280 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 7.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 226 km/j.

Di bahagian luar, MINI Clubman Final Edition ini mendapat bampar dan jeriji hadapan dengan trim Shimmer Copper, rim aloi 18 inci, lencana "1 of 1969" pada tiang C, serta emblem Final Edition pada bahagian belakang.
 

MINI


Ruang kabin pula menampilkan roda stereng balutan kulit Nappa berserta emblem Final Edition, alas lantai Velour, kemasan upholsteri kulit Dark Maroon dan fabrik, diikuti dengan trim campuran Sage Green Dark dan Shimmer Copper pada panel instrumen tengah.

Secara standard, MINI Clubman ini datang dengan skrin tengah bersaiz 8.8 inci dengan sokongan MINI Navigation System, Apple CarPlay, serta sistem bunyi Harman Kardon HiFi Surround Sound.

Ciri keselamatan termasuklah sistem Driving Assistant yang menawarkan bantuan suluhan tinggi digital, informasi had laju, amaran perjalan kaki dengan fungsi brek dalam bandar.
 

MINI


Akhir sekali, MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan bukaan pintu belakang terpisah yang menawarkan akses kepada ruang kargo berkapasiti maksimum 1,250 liter.

Hanya 20 unit sahaja MINI Clubman Final Edition yang akan ditawarkan di pasaran Malaysia, setiap satu dijual pada harga bermula dari RM318,888, atau bulanan serendah RM3,692 menerusi skim pembiayaan Straight Line (berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh tujuh tahun).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…