Mitsubishi benar-benar sediakan jentera saingan Ranger Raptor

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya model konsep Mitsubishi Triton Absolute yang dikatakan direka khusus untuk menangkis serangan Ford Ranger Raptor benar-benar akan terjadi.

Laman web Australia, Car Advice telah membongkar gambar-gambar yang digunakan untuk memohon hakcipta bagi Triton Absolute itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
triton absolute

 

Menurut Car Advice, Mitsubishi sedang menimbang untuk mewujudkan dua varian untuk Triton Absolute itu.

Satu varian kelihatan mempunyai rekabentuk yang lebih agresif, siap dengan panel belakang ala Ranger Wildtrak sementara satu lagi varian kelihatan lebih "normal".

Bamper hadapan jelas lebih ganas, dengan liang-liang kemasukan udara yang besar di sisi dan di bahagian tengah bamper.

Ia juga mempunyai "over fender" yang tebal dan panel pelindung di sebelah bawah pintu.

 

 

Awal tahun ini, Mitsubishi telah pun mempamerkan konsep Triton Absolute ini tanpa memberitahu secara rasmi samada ia akan dihasilkan atau tidak.

Gambar-gambar yang muncul ini nampaknya mengukuhkan gosip bahawa ia memang akan dihasilkan bagi pasaran Australia sekurang-kurangnya.

Tidak ada informasi berkaitan sistem gantungan yang bakal digunakan oleh Triton Absolute ini ataupun enjin yang ada di bawah hud itu.

Yang pasti, Mitsubishi akur bahawa konsep trak premium seperti Ranger Raptor memang diterima oleh kebanyakan pasaran dan ia tidak sanggup untuk duduk menggigit jari sahaja.

 

 

Toyota Australia sudah pun mempunyai Hilux Rogue dan Hilux Rugged X dengan aksesori-aksesori bagi mereka yang mahukan Hilux yang lebih premium.

Namun begitu, Careta tidak yakin penambahan aksesori sahaja mampu untuk menundukan Ranger Raptor.

Raptor dibina khusus untuk fungsinya sebagai "super truck", di mana perubahan dilakukan dari kerangka, sistem gantungan belakang yang berbeza serta penggunaan teknologi penyerap hentak Fox Racing.

Paling penting, Ranger mempunyai gaya pemanduan dan pengendalian yang paling baik di dalam segmennya.

Sekiranya Mitsubishi boleh membuktikan Triton Absolute mampu menandingi Ranger Raptor dari semua segi itu, tidak mungkin varian Absolute ini mampu menggugat kedudukan Ranger Raptor sebagai trak pikap premium nombor satu di Asia Tenggara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…