Jentera sokongan Delica D:5 Ralliart memanfaatkan semua ciri yang telah ditawarkan standard termasuk badan tegap dihasilkan oleh rangka tulang rusuknya, dan sistem 4WD yang dikawal secara elektronik.
Ciri yang sudah didatangkan standard itu memberikan kebolehgerakan optimum dan pengendalian dalam sebarang keadaan jalan dan cuaca yang sukar.
Delica D:5 Ralliart yang akan digunakan itu juga telah disesuaikan untuk membolehkan ia dipandu melalui keseluruhan laluan rali.
Ia turut dilengkapi rim aluminium jenama WORK dan dibaluti tayar off-road Yokohama luar yang menawarkan prestasi terbaik.
Berfungsi sebagai jentera sokongan, Delica D:5 Ralliart itu akan membawa pengarah pasukan pasukan Mitsubishi, iaitu Hiroshi Masuoka dan kru pasukan tersebut akan mengembara bersama sepanjang laluan rali itu
Delica D:5 itu turut menerima naik taraf sistem suspensi jenama JAOS di depan dan belakang untuk pengendalian off-road yang lebih baik.
Seperti jentera rali Triton serba baharu, jentera sokongan Delica D:5 turut menampilkan liveri merah dan hitam yang melambangkan tenaga lahar yang membuak.