Van istimewa itu diasaskan daripada varian Delica D:5 P dengan kelengkapan luaran dan dalaman untuk aktiviti luar.
Warna hitam mica diguna pada jeriji depan, bingkai lampu kedudukan dan lampu kabus, cermin dan pembuka pintu luar. Rim 18 inci aluminium turut diwarnakan hitam.
Logo CHAMONIX pada pintu but dibuat dalam warna hijau istimewa yang diilhamkan dari pokok konifer di pergunungan bersalji.
Plat bawah bampar depan dan belakang menggunakan warna berlawanan kelabu titanium metalik.
Dapra depan membawa logo CHAMONIX dengan latar belakang hijau penyamaran.
Jika badan terasa kosong, CHAMONIX Complete Package pula lebih lengkap dengan grafik tema penyamaran pada sisi van.
Cermin sisi dan logo Delica pada tukup enjin dibuat dalam warna hijau khusus.
Pada bahagian dalam, kerusi khas CHAMONIX dibalut bahan seperti suede yang kalis air dan gabungan kulit tiruan.
Balutan kerusi sedia menerima pemandu dan penumpang dengan baju yang diliputi salji atau titisan air.
Permukaan kerusi juga selesa untuk disentuh dan memegang badan daripada tergelincir.
Panel meter dan pintu mempunyai sulaman warna perak dan sama seperti kerusi. Panel hiasan papan pemuka dan pintu juga cantik.
Lampu siling berwarna putih menaikkan lagi seri dalaman van ini.
Warna putih atau White Diamond x Black Mica dilihat begitu sesuai dengan van ini dan bersama Black Diamond x Black Mica menjadi pilihan khas.
Jika dua-dua tidak berkenan, ada satu lagi warna iaitu Graphite Gray Metallic x Black Mica.
Selain edisi istimewa, Mitsubishi mempertingkatkan kesemua varian Delica D:5 supaya lebih selamat apabila mengundur.
Van itu dilengkapi monitor pandangan sekeliling dan cermin pandang automatik malap yang mempunyai fungsi pandangan sekeliling.
Delica D:5 P dan CHAMONIX dilengkapi pedal minyak dan brek aluminium.
Seperti yang dikatakan, Delica Mini tidak ditinggalkan untuk menerima pakej CHAMONIX dengan logo hijau khusus pada sekeliling badan termasuk grafik sisi badan.
Logo dengan latar belakang samaran turut diguna pada dapra. Bahagian dalam dilengkapi pelapik kaki semua cuaca.
CHAMONIX Complete Package pula lengkap dengan riasan jeriji hitam kilat, pengadang lumpur dan pendakap rak bumbung hitam.
Berikut senarai harga pakej CHARMONIX:
Mitsubishi Delica D:5 CHAMONIX
- 2.2L Diesel Turbo, 8 kelajuan automatik dengan mod sport, 4WD
- 4,557,300 yen (RM143,396) - tanpa pemijak sisi elektrik
- 4,656,300 yen (RM146,501) - dengan pemijak sisi elektrik
- CHAMONIX Complete Package - 260,370 yen (RM8,189) termasuk pemasangan
Mitsubishi Delica Mini
- CHAMONIX Package - 179,190 yen (RM5,635.65)
- CHAMONIX Complete Package - 142,010 yen (RM4,466)
- Termasuk pemasangan
Penulis: Muhammad Md Tajudin