Mitsubishi Motors buka dua pusat 3S di Alor Setar & Pulau Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini merasmikan pembukaan dua pusat 3S, masing-masing terletak di Alor Setar, Kedah dan juga Pulau Langkawi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Kedua-dua pusat 3S ini dikendalikan oleh JM Auto Gallery dan membawakan identiti jenama global Mitsubishi Motors beserta dengan mesej 'Drive Your Ambition'.

Berpindah daripada tapak lama, Pusat 3S Alor Setar kini memiliki keluasan sekitar 10,000 kaki persegi, manakala Pusat 3S Langkawi adalah sekitar 2,300 kaki persegi, namun kedua-dua fasiliti ini menawarkan kemudahan yang selesa untuk para pelanggan termasuklah Wi-Fi, dan sudut kanak-kanak.

Outlet di Alor Setar menawarkan sehingga lapan ruang servis bagi memenuhi keperluan di sekitar kawasan tersebut.

 

3S


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "pengedar JM Auto Gallery merupakan salah satu penyumbang kepada prestasi jualan MMM. Sepanjang tempoh Januari-Disember 2022 terdapat peningkatan jualan sebanyak 37.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

Pusat 3S MMM Alor Setar terletak di Lot 10201B, Kampung Batin Mergong, Mukim Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah, sementara outlet di Langkawi terletak di No. 68, Pusat Perniagaan Kelana Mas Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.

Kedua-dua pusat 3S itu dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…
Berita Domestik
Bertempat di Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam, Selangor, kemasukan adalah percuma dan dibuka…