Mitsubishi Motors Malaysia buka pusat 4S baharu di Johor Bharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama MM Supreme Sdn Bhd telah melancarkan Pusat 4S Mitsubishi Motors yang telah dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan di Johor Bharu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pusat 4S baharu itu bakal meningkatkan identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama globalnya, 'Drive Your Ambition'.

Pusat 4S baharu itu menampilkan ruang terbina seluas 15,000 kaki persegi, dengan persekitaran yang inklusif untuk memenuhi  kehendak bakal pelanggan.

Ia juga boleh mempamerkan sehingga empat kereta paparan dan menawarkan ruang istirahat pelanggan yang selesa bersama Wi-Fi dan sudut kanak-kanak.

Selain itu juga, pusat 4S baharu itu turut menyediakan perkhidmatan servis badan dan cat kereta, merangkumi kerja pembaikan dan mengecat yang mengikut kualiti dan standard tertinggi.

Pusat 4S baharu itu terletak di alamat 4C, PLO 136, Jalan Angkasa Mas 2, Kawasan Perindustrian Tebrau 2, 81100 Johor Bahru, Johor.

Ia juga dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad, bermula 8 pagi hingga 6 petang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
RWMF 2024 akan berlangsung dari 28-30 Jun, di Kampung Budaya Sarawak, Sarawak. Untuk memenangi…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…