Xpander kekal MPV bukan nasional nombor 1 Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Mitsubishi Xpander mengekalkan kedudukannya sebagai MPV bukan nasional paling popular di Malaysia.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) berjaya menjual sebanyak 11,384 unit MPV kompak itu sepanjang tahun kewangan 2023 (April 2023 - Mac 2024).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan kebanyakan keluarga Malaysia yang mencari sebuah MPV yang serba boleh.

Selain dari itu, MMM juga telah menjual sebanyak 8,636 unit trak pikap Triton dalam julat masa yang sama, menjadikan ia trak kedua paling popular di dalam segmen pikap.

Mitsubishi ialah jenama ketiga paling popular untuk jenama bukan nasional dan Ikeda berkata MMM akan terus memastikan pengalaman pemilikan pelanggan mereka akan terus berada di peringkat terbaik.

Untuk melihat video pandu uji perbandingan antara Xpander dan MPV lain skrol ke bawah!


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Luaran Serba Hitam BLACK Edition berasaskan varian GLS dengan beberapa penambahan. Rel…
Berita Global
Nissan Micra EV dan Mitsubishi Eclipse Cross EV     Seperti diumumkan sebelum ini, Nissan dan…
Berita Global
Penamatan ini menyusuli pemberhentian operasi pengeluaran kereta tempatan pada tahun 2023, sebagai…