SUV edisi terhad yang diasaskan daripada model Outlander 2.0 liter ini hanya ditawarkan sebanyak 120 unit sahaja dengan layangan warna dua tona merah metalik digandingkan dengan bumbung sporty black.
Berikut merupakan penambahan ciri pada SUV Outlander Sports Edition ini:
- gril hadapan berwarna hitam
- rim aloi hitam berkilat
- emblem Outlander pada hud enjin
- sistem infotainmen dual DVD
- alas karpet berwarna merah
Mitsubishi Outlander dijana menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris MIVEC yang mampu menghasilkan 145 PS dan 196 Nm sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4WD menerusi transmisi INVECS-III CVT.
Outlander didatangkan dengan sistem intelligent 4WD sebagai ciri standard untuk kesemua varian, dengan tiga mod yang boleh dipilih - 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock - untuk disesuaikan mengikut pemanduan semasa.
Ciri keselamatan juga tidak kalah dengan binaan kerangka Reinforced Impact Safety Evolution (RISE) dengan senarai kelengkapan seperti tujuh buah beg udara SRS, ABS, EBD, Brake Assist, Active Stability and Traction Control (ASTC), bantuan mula mendaki dan cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
Harga jualan Mitsubishi Outlander Sports Edition bermula dari RM142,888.00 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan/atau jarak perbatuan tanpa had.
Untuk memudahkan orang ramai melihat dengan lebih dekat Mitsubishi Outlander ini, MMM mengadakan acara 'Kid-Cool Mitsubishi Showroom Event' di sampin peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM800 di lokasi berikut:
Kawasan |
Tarikh |
Masa |
Lokasi pusat pameran |
Semenanjung Malaysia |
20 Oktober (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
JM Auto Gallery (Butterworth) |
21 Oktober (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
JM Auto Gallery (Sungai Petani) |
|
27 Oktober (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
RIF Auto (Kota Bahru) |
|
28 Oktober (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
Lajina Motors (Kuala Terengganu) |
|
3 November (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
JM Auto Gallery (Alor Setar) |
|
4 November (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
EON Auto Mart (Bayan Lepas) |
|
11 November (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
MM Supreme (Pasir Gudang) |
|
8 December (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
Ingress Motor Centre (Puchong) |
|
9 December (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
EON Auto Mart (Melaka) |
|
15 December (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
EON Auto Mart (Glenmarie) |
|
Malaysia Timur |
28 October (Ahad) |
10.00am – 6.00pm |
Jimisar Autotrade (Kuching) |
3 November (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
Auto Pacifica (Miri) |
|
1 December (Sabtu) |
10.00am – 6.00pm |
EON Auto Mart (Kota Kinabalu) |