Mitsubishi Outlander dan Eclipse Cross 2024 diperkenal di Jepun, kemas kini ringkas

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Outlander Black Edition 2024
Mitsubishi Outlander Black Edition 2024
Selepas Outlander dan ASX ditamatkan, pasaran tempatan tidak lagi dihidangkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi saiz kompak dan tujuh tempat duduk.

Di pasaran luar seperti Jepun misalnya, pelanggan ditawarkan Outlander dan Eclipse Cross baharu. Kedua-duanya tampil menarik dengan membawa gaya terkini Mitsubishi.

Daripada dua model tersebut, Eclipse Cross terlebih dahulu diperkenal pada 2017 dan sudah pun menerima rupa baharu pada 2020.

Walaupun tiada di pasaran tempatan, Mitsubishi menawarkannya di Indonesia dari 2019 hingga 2022. Outlander generasi keempat pula diperkenal pada 2021. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Eclipse Cross PHEV 2024

Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition dan Eclipse Cross PHEV dan petrol.

Kesemua varian Outlander digerakkan enjin 4B12 2.4 liter MIVEC yang menghasilkan 131 kuasa kuda (hp) pada 5,000 rpm dan tork 195Nm pada 4,300 rpm.

Enjin itu dipadan bersama motor depan S91 dan motor belakang YA1. Motor depan menghasilkan 85 kW (114 hp) dan belakang berkuasa 100 kW (134 hp)

Daya kilas motor depan ialah 255Nm dan 195Nm untuk motor belakang. Bateri litium ion mempunyai kuasa 20 kilowatt-jam (kWj) dan 350V.

Mitsubishi Outlander 2024

Perubahan pada Outlander 2024 merangkumi penyembur lampu utama (kecuali varian M) dan lampu kabus belakang jenis LED. 

Pada bahagian dalam, selain slot USB Jenis-C dan Jenis-A, kesemua varian dilengkapi slot HDMI yang diminta ramai pelanggan.

Terdapat 12 warna yang ditawarkan termasuk pilihan dua tona baharu Black Diamond dan Sterling Silver dan warna tunggal Graphite Gray Metallic.

Outlander Black Edition yang diperkenal pada Oktober 2022 menjalani beberapa perubahan seperti varian asas G ditukar kepada varian P dengan tujuh tempat duduk.

 

Mitsubishi Outlander Black Edition 2024

 

Varian itu diengkapi papar pandu, sistem bunyi premium BOSE dan bumbung panoramik elektrik.

Bahagian luar tampil 'bekeng' dengan jeriji Dynamic Shield hitam kilat, bingkai cermin sisi hitam dan rel bumbung hitam kilat.

Warna Graphite Gray Metallic dan Black Mica khusus untuk Black dan secara keseluruhannya terdapat tiga warna dua tona dan dua warna tunggal.

 

Mitsubishi Outlander Black Edition 2024
 

Untuk kesemua varian Eclipse Cross 2024, Mitsubishi melengkapinya dengan sistem navigasi sambungan telefon dan monitor padangan sekeliling.

Ciri itu memudahkan pemandu memeriksa keadaan sekeliling kereta dan membantu meletakkan kenderaan dengan selamat dan lancar.

Berbeza dengan Outlander, selain 4B12 PHEV, Eclipse Cross digerakkan enjin 4B40 1.5 liter MIVEC turbo berkuasa 148 hp pada 5,500 rpm dan tork 240Nm dari 2,000 sehingga 3,500 rpm.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear CVT INVECS-III lapan kelajuan dengan mod sport. Pelanggan mempunyai pilihan pacuan dua (2WD) atau empat roda (4WD).

 

Mitsubishi Eclipse Cross PHEV 2024

 

Enjin 4B12 dipadan bersama motor elektrik depan S61 dan Y61 yang berbeza daripada Outlander.

Motor depan menghasilkan 60 kW (80 hp) dan 70 kW (94 hp) di belakang. Daya kilas motor depan ialah 137Nm dan 195Nm untuk motor belakang.

Bateri litium ion mempunyai kuasa 13.8 (kWj) dan 300V.

 

Mitsubishi Eclipse Cross PHEV 2024

 

Berkenaan harga, Outlander dijual dari 4,995,100 yen (RM161,415) untuk varian asas M lima tempat duduk sehinggga 6,304,100 yen (RM203,712) bagi varian Black Edition.

Eclipse Cross 1.5 MIVEC turbo bermula dari 2,773,100 yen (RM89,608) sehinggga 3,520,000 yen (RM113,744) bagi varian Black Edition 4WD.

Model PHEV pula dari 4,094,200 yen (RM132,282) sehinggga 4,650,800 yen (RM150,267) untuk varian teratas Black Edition.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Mitsubishi Outlander 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander…
Berita Global
Generasi baharu Outlander 2023 yang tiba lewat bulan November tahun lalu menyumbang 20 peratus…