Mitsuoka Buddy sebenarnya sebuah RAV4 yang tersakiti!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada jenama lazim seperti Honda, Toyota, Mitsubishi, Nissan dan Subaru, Jepun juga mempunyai beberapa jenama automotif yang kecil dan kurang dikenali umum.

Namun, hal ini tidak tertakluk kepada Mitsuoka, di mana mereka sangat terkenal membina kereta dengan stail yang tidak konvensional.

Ada sesetengahnya nampak diterima akal, namun terdapat beberapa model yang tidak sepatutnya wujud, seperti contoh model baharu mereka Buddy. 

 


Jika anda seorang yang memiliki pandangan yang tajam, Mitsuoka Buddy sebenarnya berasal daripada casis Toyota RAV4 generasi baharu. 

Namun ditangan Mitsuoka, RAV4 itu tadi diberikan pengggayaan ala-ala SUV Amerika, di mana fascia hadapan dan belakang telah diubah sepenuhnya. 

Bahagian hadapan Buddy ini mengingatkan kita kepada model SUV 1990-an Chevrolet Tahoe dengan gril krom yang besar, dan rekaan lampu utama berlapis. 


Sementara lampu belakang asal juga telah dibuang jauh-jauh ke tengah lautan dan digantikan dengan unit baharu dengan rekaan menegak, serta penambahan elemen baharu krom pada bumper. 

Dari segi kuasa, Mitsuoka Buddy mengekalkan penggunaan enjin Toyota berkapasiti 2.0 liter petrol (171 PS) yang khusus untuk tiga varian terendah dan enjin hibrid 2.5 liter (178 PS) untuk dua varian tertinggi. 

Bagi anda yang duduk di Jepun dan berminat, tempahan untuk Buddy akan dibuka menjelang 26 November ini, dan harga jualan akan diumumkan kelak. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dimulakan dengan varian asas, RAV4 2.0 liter hadir dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter M20A-FKS…
Berita Domestik
Harga jualan untuk model SUV baharu ini bermula dari RM203,880.00 untuk varian 2.0 liter manakala…
Berita Global
Menurut laman web Motor1, terdapat kemungkinan yang besar Toyota akan membawakan model konsep…