Model edisi khas sempena ulang tahun Mazda yang ke-100!

oleh Mohamad Hanif|
Buat para peminat Mazda, pengeluar yang sinonim dengan enjin rotari dan teknologi Skyactiv menyambut ulang tahun yang ke-100 pada Januari lalu (30 Januari 1920).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan ulang tahun yang bersejarah itu, Mazda mahu menawarkan pakej istimewa 100th Anniversary Special Edition bagi setiap barisan model yang ditawarkan dan diinspirasikan daripada warna dua tona putih dan burgundy daripada model kereta pertama Mazda, R360 Coupe. 

 


Selain daripada itu, antara kelengkapan yang dibawakan termasuklah:

  • alas lantai dengan logo 100th Anniversary Special 
  • perehat kepala dengan logo 100th Anniversary Special
  • karpet lantai daripada bahan burgundy
  • key fob dengan logo 100th Anniversary Special
  • hubcap dengan logo 100th Anniversary Special
  • logo 100th Anniversary Special pada fender hadapan
  • warna luaran Snow Flake White Pearl Mica

 

 


Sebagai makluman, Mazda R360 Coupe merupakan kereta penumpang pertama yang dihasilkan oleh Mazda dan ia melambangkan transisi Mazda daripada pengeluar motosikal dan trak kepada pengeluar kereta penumpang.

Penawaran pakej istimewa ini akan bermula dijual di Jepun terlebih dahulu sebelum ditawarkan kepada pasaran lain. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…