Modellista tawar kit badan sporti untuk Crown Sedan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa hari yang lepas, Toyota telah melancarkan model Crown Sedan generasi baharu di pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baca: Toyota Crown Sedan 2024

Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa gembira kerana sudah terdapat pilihan aksesori dan kit badan yang tersedia daripada beberapa pihak.
 

crt


Antara yang terawal ialah divisyen talaan di bawah Toyota, iaitu Modellista.

Para pemilik Crown Sedan boleh mendapatkan kit naik taraf kosmetik menyeluruh daripada Modellista termasuklah splitter hadapan, skirt sisi, penambahan pada bampar belakang, serta rim aloi 21 inci dua tona.
 

crw


Biarpun nampak ringkas, akan tetapi kit badan Modellista ini berjaya menjadikan penampilan Crown Sedan lebih sporti - setidak-tidaknya sebelum kehadiran kit badan daripada divisyen Gazoo Racing.

Selain daripada itu, terdapat juga aksesori lain termasuklah bolt plet nombor pendaftaran, pelindung pemegang pintu, filem tinted tingkap, tirai pelindung suria serta kusyen yang boleh diubah menjadi beg tote.
 

crownm


Untuk makluman, Modellista menjual kit badan aero pada harga ¥333,300 (RM10,330), tidak termasuk kos satu set rim 21 inci bernilai ¥673,200 (RM20,865).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Generasi keenam belas Toyota Crown telah dilancarkan pada tahun lalu, mendedahkan empat bentuk…
Berita Global
Tidak seperti sedan generasi terdahulu, Crown Sedan baharu ini mempunyai dimensi 120 mm lebih…