Toyota Crown Sedan 2024 dilancarkan di Jepun - versi hibrid dan FCEV, dari RM230k

oleh Mohamad Hanif|
Sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1955, sedan sudah pun menjadi bentuk badan 'wajib' bagi model Toyota Crown, diikuti dengan model wagon, coupe, malah ia juga pernah muncul dalam versi trak pikap!

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Generasi keenam belas Toyota Crown telah dilancarkan pada tahun lalu, mendedahkan empat bentuk badan utama yang bakal ditawarkan oleh Toyota kepada pelanggannya.

Setelah kehadiran model Crown Crossover serta Crown Sport, tiba giliran Crown Sedan pula beraksi di pentas utama.
 

Crown


Seperti yang anda lihat, Crown Sedan ini tidaklah membawakan bentuk badan sedan tiga kotak yang tradisional, akan tetapi ia lebih sesuai digelar sebagai sedan fastback yang mampu menawarkan kualiti pemanduan yang tinggi, serta ruang yang selesa untuk tujuan peribadi dan perniagaan.

Dari segi ukuran, Crown Sedan membawakan dimensi sepanjang 5,030 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,470 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,000 mm.
 

Crown


Rekaan hadapan yang diinspirasikan daripada yu kepala tukul masih lagi diteruskan pada Crown Sedan, diikuti dengan struktur jeriji trapezoid Under Priority (pelik betul nama dia).

Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu yang agak nipis, disudahkan dengan jalur LED merah yang melintang penuh serta ejaan nama CROWN.

Sama seperti model Crown yang lain, susun atur papan pemuka Crown Sedan ini membawakan senibina pulau (island architecture) di mana skrin paparan dan gugusan butang fungsi telah disatukan dan diringkaskan untuk kemudahan pemandu.
 

crown


Secara standard, Crown Sedan didatangkan dengan skrin kluster 12.3 inci, skrin tengah bersaiz 12.3 inci, roda stereng balutan kulit, lampu ambien 64 warna dengan fungsi pencahayaan tidak langsung yang mampu menawarkan keselesaan di dalam ruang kabin.

Sama seperti Century, Crown juga merupakan sebahagian daripada siri model Chaffeur yang mementingkan keselesaan yang lebih premium untuk penumpang di belakang.

Jarak antara roda sepanjang tiga meter itu membenarkan ruang belakang yang jauh lebih luas, selain memudahkan urusan keluar dan masuk.
 

Crown


Keselesaan penumpang belakang boleh ditambah baik dengan tempat duduk yang boleh direbahkan sedikit ke belakang, serta kehadiran tirai penghadang cahaya matahari berkuasa.

Selain itu, penggunaan sistem gantungan Adaptive Vehicle Suspension yang dapat menyerap segala kekasaran daripada jalan yang tidak rata, dan meminimumkan tahap gegaran memasuki ruang kabin.
 

Crown


Toyota Crown Sedan merupakan kenderaan Toyota pertama yang dibekalkan dengan enjin 2.5 liter hibrid berbilang peringkat (kod A25A-FXS) yang dibangunkan baharu, menampilkan gandingan enjin dan dua motor elektrik.

Data output kuasa enjin ini masih lagi dirahsiakan, namun Toyota menyebut kuasa penuh enjin A25A-FXS ini mampu masuk penuh pada kelajuan 43 km/j berbanding 140 km/j pada sistem terdahulu.
 

Crown


Selain daripada penawaran enjin hibrid, Toyota Crown Sedan juga ditawarkan dengan sistem trenkuasa sel bahan api hidrogen (FCEV) yang sama digunakan pada Toyota Mirai.

Dengan tiga tangki yang penuh dengan muatan hidrogen, Crown Sedan FCEV ini mampu bergerak sejauh 820 km untuk isian hidrogen selama tiga minit.

Crown Sedan FCEV ini juga boleh digunakan sebagai unit genset bergerak yang dapat menguasakan isi rumah.
 

Crown


Tambahan pula, kedua-dua Crown HEV dan FCEV mempunyai ciri dua outlet aksesori AC100V 1,500W di dalam kabin yang boleh digunakan sebagai bekalan kuasa kecemasan.

Toyota menyasarkan jualan sebanyak 600 unit sebulan di pasaran Jepun, dengan harga bermula dari 7,300,000 yen (RM230,214) untuk versi HEV, atau 8,300,000 yen (RM261,750) untuk versi FCEV.

Berita Berkenaan

Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…
Berita Global
Tidak seperti sedan generasi terdahulu, Crown Sedan baharu ini mempunyai dimensi 120 mm lebih…