Modifikasi unik kacuk badan trak klasik F100 dengan casis Mustang GT

oleh Mohamad Hanif|
Apabila kita sebut pasal Amerika Syarikat, sudah pasti kita akan terbayang dua benda ini: trak pikap klasik dan kereta muscle.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, anda mungkin tidak akan menyangka kedua-dua elemen tersebut boleh disatukan menjadi satu binaan yang cukup kreatif.
 

GT


Memperkenalkan Ford Mustang Truck GT-100, sebuah trak kacukan yang menampilkan badan trak klasik F100 yang dipasangkan ke atas casis Mustang GT 2007.

Segala panel badan asal Mustang GT telah digantikan dengan panel badan Ford F100 tahun 1955, di mana ia mengekalkan elemen seperti perumah kaca, pintu, bumbung, serta kerangka bed belakang.
 

gt


Elemen Mustang disuntik kembali pada bahagian muka depan, di mana ia menggunakan kembali unit lampu dan jeriji daripada Mustang GT 2007.

Pihak bengkel turut memadankan komponen seperti splitter, hud enjin berlekuk, penambahan fender lebar, sayap belakang kekal, liang sisi, serta tidak ketinggalan penampan angin pada bahagian bumbung.
 

gt


Berbeza dengan penampilan luar yang klasik, ruang kabin trak Mustang ini masih lagi mengekalkan papan pemuka, tempat duduk, roda stereng dan kluster instrumen daripada kereta asal Mustang.

Disebabkan penggunaan casis Mustang yang lebih moden dan enjin bentangan V8 4.6 liter 304 PS, ia sekaligus menyumbang kepada peningkatan terhadap pengendalian dan prestasi trak klasik ini.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…