Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar.

Tahun ini, pendekatan yang sama diulang semula, akan tetapi mereka menggunakan sebuah lagi supercar klasik berbentuk baji, iaitu Lamborghin Countach.
Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, Countach klasik itu telah dipadankan dengan fender flare yang agak lebar, splitter depan yang lebih menonjol, bampar dengan tiga bukaan yang besar, diikuti dengan sirip canard pada penghujung bampar.

Disebalik fender flare yang bersegi itu, Liberty Walk memasang rim Rohana Forged yang dibaluti tayar Toyo.
Sayap belakang asal Countach telah digantikan dengan sayap yang lebih lebar, dan struktur tiang yang disambungkan terus ke bahagian bawah bampar belakang.

Akhir sekali, bahagian tersebut menampilkan struktur diffuser yang besar, diikuti dengan empat tip ekzos yang menghala ke atas.
Anda mungkin perlu menjadi sang pemberani untuk bertanyakan kos ubahsuai memandangkan di laman web rasmi Liberty Walk, tiada sebarang harga dipaparkan.