Moto Guzzi V100 Mandello - sports tourer 1,042 cc, 115 hp, 105 Nm, dari RM99,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group selaku pengedar rasmi motosikal jenama Moto Guzzi di Malaysia telah rasmi melancarkan model terbaharu Moto Guzzo V100 Mandello.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,700 rpm dan daya kilas 105 Nm @ 6,750 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan dan sistem pacuan Cardan.
 

Moto


Nadi tersebut memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter/100 km, selain memenuhi piawaian emisi Euro 5 yang ketat.

Aspek gantungan jentera ini terdiri daripada fork USD hidraulik 41 mm Kayaba dengan ciri larasan pra-muatan, sementara bahagian belakang pula membawakan lengan ayun aluminium serta penyerap hentak tunggal, juga dengan larasan pra-muatan.

Jarak gerak roda depan dan belakang adalah sejauh 130 mm.
 

Brembo


Aspek pemberhentian V100 Mandello diserahkan kepada sistem brek Brembo yang terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor berkembar 320 mm di depan, diikuti angkup brek dua omboh dan rotor 280 mm tunggal di bahagian belakang.

Kedua-dua tayar mendapat rim aluminium bersaiz 17 inci, dengan balutan getah Pirelli Angel GT II bersaiz 120/70 di depan dan 190/55 di bahagian belakang.
 

Mto


Moto Guzzi V100 Mandello turut mendapat tangki bahan api sebesar 17 liter, sementara ketinggan pelana pula adalah sekitar 815 mm, atau 800 mm dengan memilih aksesori tempat duduk rendah, atau sehingga 835 mm.

Ciri lain yang dibawakan termasuklah lampu utama LED beserta lampu nyalaan siang DRL LED, skrin penghadang angin boleh laras, dan skrin TFT berwarna penuh bersaiz lima inci.
 

V100


Moto Guzzi V100 Mandello merupakan motosikal pertama dalam dunia yang membawakan sistem aerodinamik adaptif, di mana terdapat komponen penampan angin pada bahagian sisi tangki yang akan terbuka bergantung kepada kelajuan (antara 30-95 km/j) dan mod tunggangan.

Ciri elektronik yang wujud termasuklah unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi, dua mod pemetaan (Comfort, Dynamic), empat mod tunggangan (Tour, Rain, Road, Sport), kawalan jelajah, serta empat tahap kawalan cengkaman.
 

V100


Terdapat edisi khas V100 Mandello S di mana pembeli akan mendapat kelengkapan seperti fork hadapan Ohlins Smart EC 2.0 USD 43 mm boleh laras, penyerap hentak tunggal Ohlins Smart EC 2.0 boleh laras, serta ciri penukaran gear pantas (quickshifter).

Terdapat pilihan warna Bianco Polare atau Rosso Magma (varian S dapat Verde 2121 & Grigio Avanguardia), selain pelbagai jenis aksesori yang boleh dipadankan termasuklah boks atas dan kotak pannier sisi, skrin penghadang angin yang lebih tinggi, pelindung enjin, port USB, sistem infotainmen Moto Guzzi MIA, dan sistem anti-pencuri.
 

V100


Untuk pasaran Malaysia, harga jualan V100 Mandello bermula dari RM99,900, sementara model V100 Mandello S pula dijual pada harga RM117,900.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi…
Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…