MotoGP: GP Malaysia 2021 dibatalkan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pengurusan Sepang International Circuit (SIC) memaklumkan pembatalan penganjuran acara MotoGP 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Meskipun sudah dua tahun berturut-turut GP Malaysia dibatalkan akibat wabak pandemik COVID-19, pihak pengurusan SIC tetap optimis untuk menganjurkan kembali perlumbaan berprestij ini untuk musim perlumbaan 2022.

Sebelum ini, pihak pengurusan terpaksa membawalkan sesi ujian rasmi MotoGP dan ujian Shakedown yang dijadualkan berlangsung pada Februari lalu disebabkan keadaan yang masih lagi belum reda pada ketika itu.

Pihak penganjur FIM, IRTA, dan Dorna Sports turut mengesahkan MotoGP akan kembali di Misano World Circuit Marco Simoncelli pada 22-24 Oktober ini bagi menggantikan GP Malaysia.
 

MOTOGP

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki sekali lagi memberikan berita sedih untuk peminat motosikal apabila mereka secara rasminya…
Berita Domestik
Menurut sumber, pihak Kawasaki di bawah kendalian Edaran Modenas (EMOS) bakal mempamerkan model…
Berita Domestik
Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan dalam acara ini yang akan dijalankan pada pada 21 hingga 23…