Motosikal elektrik Treeletrik T90-Harga bermula RM10,494

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini team Careta telah berkesempatan untuk melawat kilang pemasangan motosikal elektrik di Malaysia iaitu Tree Movement Malaysia Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tree Movement Malaysia, Michael Yap “kemasukan Treeeletrik E-bikes ini sebagai menyahut hasrat dan matlamat kerajaan untuk mempunyai lebih 100,000 motosikal elektrik di atas jalan pada tahun 2020.

e-bikes

Semasa lawatan, pihak Tree Movement telah memperkenalkan motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya hasil pemasangan tempatan iaitu Treeletrik T90. Motosikal ini telah mendapat kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan ia boleh digunakan di atas jalan raya secara sah seperti motosikal lain dengan pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

e-bikes

Treeletrik T90 ditawarkan dengan dua jenis bateri iaitu Lithium dan Lead Acid.

T90 dengan bateri Lithium

  • RM15,264 (termasuk GST)
  • Masa yang diambil untuk dicaj sepenuhnya adalah lima hingga enam jam
  • Mampu bergerak sehingga 110km dengan kelajuan maksimum 95kmj (bergantung kepada cara penggunaan)
  • Pek bateri 84 volt, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 50-55 AH dengan berat 40kg.
  • Jangka hayat bateri- ia boleh digunakan sehingga 120,000km

 

T90 dengan bateri “Lead Acid”

  • RM10,494 (termasuk GST)
  • Masa yang diambil untuk dicaj sepenuhnya adalah nam hingga tujuh jam
  • Kelajuan maksimum 80kmj dan mampu bergerak sehingga 85km (bergantung kepada cara penggunaan)
  • Pek bateri 84 volt, yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 40-45 AH dengan berat 98kg.
  • Jangka hayat bateri- ia boleh digunakan sehingga 45,000km
e-bikes

Menurut Tree Movement, pihak mereka kini sedang merancang untuk memperkenalkan beberapa lagi jentera elektrik yang canggih dan berinovasi.

Selain itu, syarikat turut bercadang agar motosikal elektrik ini dapat digunakan di Jabatan Kerajaan dan Majlis Bandaran untuk kerja-kerja pemeriksaan oleh pegawai.

Untuk jangka masa panjang, pihak Tree Movement merancang untuk mengeksport motosikal elektrik ini ke Thailand, Cambodia, Indonesia dan Filipina.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…
Informasi
Jarak gerak yang terlalu pendek Rata-rata, ini ialah isu utama yang menjadi halangan.  Syarikat…