MOTUL KUKUHKAN KEHADIRAN DI MALAYSIA SECARA RASMI

oleh Firdaus Razani|
Syarikat teknologi pelincir automotif dari Perancis, MOTUL mengumumkan secara rasminya melebarkan perniagaan dan memperkukuhkan penjenamaanya di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah strategik tersebut menyusuli legasi cemerlang MOTUL di Malaysia yang berusia 30 tahun dan merapatkan lagi hubungannya dalam pasaran automotif tempatan.

Dikenali atas peranan rintisnya dalam industri ini, MOTUL menjadi pilihan para peminat dan warga profesional dari generasi ke generasi dalam dunia automotif.

Perkara ini dibuktikan melalui barisan produknya yang komprehensif, dimana setiap satunya diformulasi khusus agar dapat memenuhi standard prestasi dengan reliabiliti yang tinggi.

 

motul

 

Ia mempunyai sejarah berprestij dalam arena sukan permotoran serta didukung oleh usaha sama strategik bersama pasukan-pasukan yang popular dalam pelbagai acara perlumbaan terkemuka di seluruh dunia.

Sejak lebih 30 tahun yang lalu, MOTUL Malaysia telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sektor automotif Malaysia.

MOTUL telah menggandingkan kepakaran global dengan ilmu dan cerapan yang diperoleh daripada pasaran tempatan.

MOTUL terus memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang unik.

Baru-baru ini, MOTUL telah dinamakan sebagai penaja bagi temasya permotoran “2024 Sepang 12 Hours” dan menguatkan lagi peranan penting yang dimainkan oleh MOTUL bagi sukan permotoran.

Pengurus MOTUL Malaysia dan Brunei, Ravi Shankar berkata “Kekayaan sejarah jenama ini dari segi inovasi, prestasi dan reliabiliti, serta kedudukannya dalam pasaran yang melebihi 30 tahun.

 

motul

 

“Ia akan membantu kami untuk mara dengan lebih jauh, serta menggapai matlamat kami untuk menjadi jenama pelincir yang paling bertanggungjawab buat semua pemegang tara dalam dunia automotif.”tambahnya.

Antara rakan utama yang telah bersama selama 30 tahun adalah High N Lubricant Sdn Bhd (HIGH N), yang diterajui oleh Ti Chin Hwee yang berjaya membina ekuiti jenama MOTUL.

Ia bersama-sama berkongsi komitmen untuk membekalkan produk-produk berprestasi tinggi buat para pengguna.

Ketibaan MOTUL Malaysia ke pasaran mencerminkan kepentingan usaha sama dengan rakan-rakan yang sehaluan seperti HIGH N, dalam membina kesetiaan pelanggan dalam kalangan peminat automotif di Malaysia.

Ketika ini, HIGH N merupakan satu-satunya pengedar makro bagi produk-produk motosikal MOTUL di Malaysia.

Kolaborasi strategik dengan rakan-rakan pengedar merentasi rantau utama di Malaysia untuj menjadi teras operasi tempatan MOTUL Malaysia.

Jaringan tersebut penting bagi mengukuhkan kedudukan MOTUL di Malaysia, serta melebarkan sayap perniagaannya dengan membekalkan akses kepada produk-produk keluaran MOTUL di seluruh negara.

Sebagai contoh, dalam segmen motosikal, HIGH N telah berganding bahu dengan MOTUL selama 30 tahun ia berada di sini, dan telah menunjangi perluasan pengaruh MOTUL Malaysia.

Bagi segmen automotif, rakan-rakan pengedar MOTUL Malaysia meliputi:

  • Kai Shen Marketing Sdn Bhd; rantau Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka);
  • Mr. Lubricant Sdn Bhd; rantau Utara dan Pantai Timur (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang);
  • Absolute Top Power Sdn Bhd; rantau Selatan (Johor);
  • Kai Shen Marketing (EM) Sdn Bhd; Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

 

Semasa MOTUL membuka lembaran baharunya di Malaysia, jenama ini terus kekal komited terhadap aspek inovasi, kualiti, dan kelestarian.

Inisiatif-inisiatif masa depan merangkumi usaha dalam memajukan solusi pelincir mesra alam untuk pasaran automotif Malaysia, serta meneruskan komitmennya terhadap komuniti tempatan.

Salah satu fokus inisiatif komuniti adalah Kempen Ganjaran Tunai Pengguna Akhir yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2024; butiran lanjut boleh didapati di laman Facebook MOTUL Malaysia.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Motul selaku pelincir rasmi bagi pasukan Nissan, membuktikan kebolehpercayaan dan prestasi yang…
Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…