Motul lancarkan 8100 Power, minyak pelincir Ester Fully Synthetic

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bertempat di acara Singapore Motorshow 2023, dimana Motul merupakan penaja pelincir acara yang berlangsung itu, Ketua Pegawai Eksekutif Motul Asia Pasifik, Lionel Dantiacq telah melancarkan produk baharu mereka iaitu Motul 8100 Power.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui kajian pengguna yang dilakukan, ia menunjukkan bahawa pemandu di Asia sanggup berbelanja besar untuk minyak pelincir dan produk berprestasi tinggi.

Motul 8100 Power telah dihasilkan sebagai minyak pelincir sintetik penuh, dimana ianya menggunakan teknologi Ester yang direka oleh Motul selama bertahun-tahun untuk menawarkan operasi enjin lebih lancar serta kebolehpercayaan dengan perlindungan dipertingkatkan yang menentang Low Speed ​​Pre Ignition (LSPI).

 

2

 

Minyak pelincir itu juga telah diuji dan disyorkan secara meluas untuk kenderaan berprestasi tinggi di jalan raya yang disyorkan oleh pengeluar. Selain itu, 8100 Power juga menepati spesifikasi kenderaan yang memerlukan pelincir dengan gred API SP.

Motul 8100 Power dirumuskan untuk mematuhi senarai luas pengeluar seperti Volkswagen, BMW, Mercedes-Benz, Toyota, Suzuki, Honda, Subaru, Hyundai dan banyak lagi.

Ianya akan tersedia dengan empat jenis kelikatan iaitu 0W-20, 5W-30, 5W-40 dan 5W-50 (dalam saiz pek 1L dan 5L) yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis enjin kereta.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif Motul Asia Pasifik, Lionel Dantiacq berkata, “Saya sangat teruja untuk memulakan 2023 dengan pelancaran Motul 8100 Power."

"Pelancaran hari ini adalah kesinambungan kejayaan kami pada tahun 2022, berkat dedikasi rakan sekerja, rakan kongsi dan pelanggan kami."

"Memandang ke hadapan, kami komited untuk meningkatkan kehadiran pasaran kami dengan mengembangkan perkongsian ekosistem dengan memberi tumpuan kepada inovasi produk dan perkhidmatan serta menjangkakan trend mobiliti baharu di rantau ini."

 

4

 

"Akhirnya, kami akan bekerja tanpa jemu untuk memastikan bahawa Motul kekal sebagai jenama yang muktamad dan pilihan untuk pengguna pada tahun-tahun akan datang.”

Menurut Dantiacq juga, Motul telah mengumumkan penglibatannya dalam perlumbaan ketahanan Sepang 12 Hours sebagai penaja rasmi untuk minyak pelincir yang dijangka akan berlangsung pada Mac 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah strategik tersebut menyusuli legasi cemerlang MOTUL di Malaysia yang berusia 30 tahun dan…
Sukan Bermotor
Motul selaku pelincir rasmi bagi pasukan Nissan, membuktikan kebolehpercayaan dan prestasi yang…
Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…