MPK pertimbang pasang rumble strip sebelum persimpangan bulatan Padang Chetty

oleh Mohamad Hanif|
Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang mempertimbangkan pemasangan rumble strip di persimpangan bulatan Padang Chetty untuk memperlahankan pengguna jalan raya sebelum memasuki persimpangan Jalan Raya Barat/Jalan Bukit Jawa/Jalan Dato Hamzah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengarah Jabatan Kejuruteraan MPK Zamri Othman berpendapat, pemasangan rumble strip merupakan pilihan yang terbaik berbanding bonggol jalan yang bakal memberikan kesan kepada pengguna motosikal.

"Pembinaan bulatan ini adalah sebagai alternatif kepada persimpangan lampu isyarat bagi menyenangkan pergerakan trafik memasuki Jalan Bukit Jawa berbanding memandu melalui Jalan Tengku Kelana," ujarnya lagi.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya memperlahankan kenderaan sebelum memasuki bulatan.

Sementara itu pengarah Jabatan Perancangan Bandar MPK Zailani Panot menjelaskan, pembinaan bulatan tersebut mampu menampung peningkatan trafik ketika waktu puncah, selain meningkatkan kualiti udara memandangkan pengguna tidak perlu berhenti terlalu lama.

Terdapat permintaan daripada pengguna jalan raya supaya MPK memasang road stud reflektif untuk pemanduan malam, serta perkataan "PERLAHAN" dicat atas Jalan Dato Hamzah sejurus selepas keluar dari Jambatan Kota.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur meminta individu terbabit serta pemandu kereta…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo!, kejadian jam dua petang itu turut melibatkan lima kenderaan lain, dan…
Berita Domestik
  Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal jenis Yamaha.   "…