Langgar lampu isyarat, penunggang motosikal parah dirempuh (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Seorang penunggang motosikal cedera parah akibat dirempuh sebuah kereta selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Besar/Jalan Bandar di Pasir Gudang pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suprintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada kira-kira jam 1.43 tengah hari, menyebabkan mangsa, lelaki berusia 29 tahun cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal jenis Yamaha.

 

"Berdasarkan siasatan awal, kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berumur 47 tahun menghala ke Austin. Apabila tiba di tempat kejadian, dia mahu meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat telah hijau.

 

"Tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang oleh seorang lelaki dari simpang kanan. Pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan yang disyaki tidak mengikut isyarat lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Menurut beliau, kes berkenaan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya ketika waktu puncak. Selain itu, perlu berhati-hati semasa memandu," katanya.

 

Sebelum itu, rakaman video berdurasi 24 saat memaparkan kejadian kemalangan itu tular di media sosial sejak Jumaat.

 

Video di bawah:

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu…
Berita Domestik
  Betis kanan mangsa juga putus dipercayai terkena tiang papan tanda akibat rempuhan Toyota Hilux…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu…