Azisman berkata, 366,728 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.
"Berdasarkan pemerhatian sejak aplikasi itu dilancarkan, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
"Saya harap orang ramai akan mengambil kesempatan membuat pembayaran saman melalui aplikasi ini yang turut memberikan diskaun saman sehingga 50 peratus," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.
Menurutnya, JSPT turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena Sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac lalu hingga 14 April nanti.