myTukar lantik Jeffrey Ong sebagai CEO baharu

oleh Mohamad Hanif|
Platform dagangan kereta terpakai digital myTukar mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Jeffrey Ong menggantikan Fong Hon Sum yang akan memegang jawatan sebagai Pengerusi myTukar berkuatkuasa Jun 2021.

Mengulas pelantikan beliau, Jeffrey Ong berkata, "saya amat berbesar hati dan teruja diberikan amanah untuk memimpin sebuah syarikat yang sedang berkembang pesat, selain berazam untuk mengubah persepsi pelanggan terhadap kenderaan terpakai.

Selain memajukan perniagaan kereta terpakai di Malaysia, myTukar juga berhasrat untuk melebarkan sayap ke luar Malaysia serta mengembangkan satu ekosistem mobiliti serantai bersepadu bagi meningkatkan pengalaman pembelian pelanggan di Malaysia, serta negara jiran di Asia Tenggara.

Untuk mengukuhkan kehadiran di peringkat serantau, myTukar memperkenalkan Program Pas ASEAN yang membolehkan wakil jualan kereta terpakai tempatan dapat menjual kenderaan mereka di luar negara dan sebaliknya.

myTukar juga akan memanfaatkan status Asia Tenggara sebagai antara populari tanpa bank yang terbesar di dunia dengan menawarkan penyelesaian pembelian yang lebih lancar untuk pelanggan dan juga peniaga serta industri kereta terpakai.

Sistem pembiayaan inklusif yang menggunakan metrik pinjaman berdasarkan kepintaran buatan (AI) sedang dibangunkan dan ia merupakan sebahagian daripada inisiatif myTukar untuk menawarkan satu platform pembelian rentas sempadan yang boleh dipercayai.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ia bukan sahaja memberikan kesan kepada prestasi jualan kenderaan baharu, malah mampu membuatkan…
Berita Domestik
Penyelesaian CTOS Application and Decisioning membantu syarikat untuk membuat keputusan kredit…
Berita Domestik
Dengan sasaran untuk meraih dana sehingga RM1 juta, kempen ini mendapat kerjasama daripada MyGroser…