Myvi buat pusingan U haram, penunggang motosikal maut

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang bersama anak perempuannya merempuh sebuah Perodua Myvi yang membuat pusingan U secara haram.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di KM 68, Jalan Alor Setar-Butterworth semalam. 

Menurut ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, Perodua Myvi terbabit dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya. 

Jelasnya Perodua Myvi itu datang dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak berkenaan manakala sebuah lagi kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian, pemandu Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal sebelum tiba-tba membuat pusingan U.

"Mangsa yang gagal mengelak terlanggar bahagian depan Perodua Myvi menyebabkan kedua-dua beranak itu tercampak ke jalan," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

"Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mangsa, Shaiful Harbi Yusuff, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami pendarahan…
Berita Domestik
  Menurutnya, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada…
Berita Domestik
Menurut posting pihak editorial di Instagram dan Facebook rasmi Careta, pusingan U yang terletak…