Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
"Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri.
"Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.
Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
sumber: BH