NAHAS BAS TERBALIK DI KL-KARAK, DUA MAUT, 14 CEDERA

oleh Firdaus Razani|
Dua terbunuh manakala 14 penumpang cedera selepas bas persiaran dipercayai terbabas sebelum terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, berhampiran Hentian Rehat Lentang, dekat sini, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan laporan awal diterima, bas terbabit dinaiki 16 orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Karak.

Menurutnya, 18 anggota dari Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 7:53 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran terbalik berhampiran laluan berselekoh dan merentangi lebuh raya.

“Terdapat 16 mangsa termasuk empat warga negara asing dan seorang mangsa tersepit.

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan peralatan menyelamat.

“Laporan awal diterima 14 mangsa cedera dan dua meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut dan semua mangsa tercedera dihantar ke Hospital Bentong.

Identiti mangsa terbunuh dalam nahas itu belum diperolehi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

 

SUMBER : BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Global
    Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya,…
Berita Domestik
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata,…
Informasi
"Namun laluan kontra (melalui lorong bertentangan) masih diaktifkan. Trafik arah selatan perlahan…