Nanta - Peruntukan RM50 juta baiki jalan runtuh, rosak akibat banjir

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan lebih RM50 juta bagi kerja-kerja membaik pulih jalan runtuh dan rosak di seluruh negara yang terjejas semasa banjir baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan kos tersebut melibatkan 81 projek di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

"Keseluruhan kos baik pulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir di Kelantan berjumlah RM10.6 juta.

"Kita sudah membuat kajian dan kerja baik pulih memerlukan peruntukan lebih RM50 juta, yang mana ada projek sudah mula dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi jalan runtuh dan pembinaan jambatan panel keluli bermodular atau 'Bailey bridge' di KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 66) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli pada Sabtu.

Nanta berkata, jalan yang rosak sejak Isnin lalu itu melibatkan kos bagi projek pembinaan jalan kekal dan dijangka siap pada April, iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.

"Jalan yang runtuh ini dilalui kira-kira 10,000 kenderaan setiap hari dan bagi memudahkan penduduk, laluan sementara iaitu jambatan Bailey dibina bagi memudahkan pergerakan penduduk dan dijangka siap Rabu ini.

"Pada masa sama, jalan kekal juga giat dilaksanakan yang mengambil tempoh lebih dua bulan untuk disiapkan," katanya.

Sementara itu beliau berkata pemasangan garisan bersinar dalam gelap di laluan Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Grik) perlu dipertimbangkan dari segi kemampuan kewangan.

Keperluan untuk pemasangan garisan berkenaan sememangnya ada di laluan Lebuh Raya Timur Barat, namun ia membabitkan kos tinggi, katanya. 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…
Informasi
Bagi generasi kedua Felda Tenggaroh 2, Mera Ali, 31, perbelanjaan untuk kos operasi 37,012 lampu di…