Menurut satu hantaran di FB pengedar Volkswagen Hatfield, wanita tersebut sebenarnya telah pun memandu kereta-kereta Volkswagen selama lebih 50 tahun, dan GTI merupakan model yang paling dekat dengan jiwanya.
Malah, Golf GTI 2022 itu merupakan GTI yang kelima yang dimiliki sepanjang hidup beliau!
Berdasarkan rakaman serahan kenderaan oleh salah seorang jurujual tersebut, nenek itu dilihat mengukirkan senyuman tatkala melihat Golf GTI baharu yang berada di depan matanya.
Steady nenek!