Neta EV kini rasmi dipasang di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Neta dengan rasminya telah memulakan pemasangan kenderaan elektrik (EV) mereka di Thailand.

Model pertama yang telah meluncur keluar dari kilang pemasangan Thailand itu ialah model Neta V-II. 
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan memulakan proses pemasangan berskala besar pada suku pertama tahun hadapan.

Neta mula menjual EV di Thailand semenjak tahun 2022 dan ia adalah jenama EV kedua paling popular di negara itu selepas BYD.

Sebanyak 50,347 unit EV telah didaftarkan di Thailand untuk tiga suku pertama tahun 2023.

Sebanyak 80 peratus dari jumlah itu ialah jenama dari China.

Sasaran Thailand ialah 30 peratus dari kenderaan yang dipasang di sana ialah dari jenis sifar pelepasan asap menjelang 2030.

Sasaran neutral karbon Thailand pula ialah menjelang 2050 dan sifar pelepasan asap 100 peratus menjelang 2065.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Berita Domestik
Majoriti lokasi ini menawarkan berbilang pusat pengecasan AC, menjadikannya sesuai untuk mengecas…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…