Seperti apa yang anda lihat, bahagian luaran Nissan GT-R R35 ini datang dengan panel badan yang lengkap dengan ukiran emas yang dihasilkan menggunakan tenaga tangan!
Difahamkan, panel badan tersebut dilayangkan dengan beberapa lapisan cat berwarna emas sebelum diakhiri dengan kemasan berwarna krom.
Selain daripada layangan emas, Nissan GT-R ini didatangkan dengan set rim dua tona hitam dan krom, sistem suspensi yang direndahkan dan kehadiran sayap kustom di bahagian belakang dengan rekaan leher angsa.
Aspek trenkuasa tidak ditinggalkan, di mana enjin asal 3.8 liter V6 turbo berkembar itu turut dimodifikasi bagi menghamburkan kuasa setinggi 820 hp, sebelum diakhiri dengan sistem ekzos titanium bespoke.
Ruang kabin Nissan GT-R emas ini dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket Recaro, serta diakhiri dengan aksen krom keemasan pada beberapa bahagian seperti konsol tengah, corong pendingin hawa dan pemegang pintu.